Makan di The Manhattan Fish Market | Quensbay Mall Pulau Pinang

Makan di The Manhattan Fish Market | Quensbay Mall Pulau Pinang|Assalamualaikum. The Manhattan Fish Market. Sebelum ini, tak pernah lagi Cik Rose makan. Ni pertama kali mencuba dan makan. 

Cik Rose bersama kakak, adik lelaki dan anak sedara. Asalnya kitorang ke Queensbay Mall, Pulau Pinang nak cari barang sikit. Jalan punya jalan dalam tu, perut pun berdendang. Dok fikir nak makan apa, nak makan apa. 

Last-last kitorang sepakat masuk The Manhattan Fish Market. Terus terang Cik Rose tak tahu nak order apa. Hikhik. Dok tanya adik ja. Ni sedap ka, yang ni sedap ka? 

Akhirnya, inilah menu yang kitorang pilih : 

1) Pilihan Cik Rose.

Small Flame

Enjoy the legendary Manhattan Flaming Prawns with grilled dory fillet on a bed of Garlic Herb rice, chips and veggies.

Ikan dory tu sedap. Segar. Dan udang pun sedap, makumlah Cik Rose kan penggemar udang. Ditambah dengan cheese, alahai..  Sedap! Jangan takut , tak muak. Sebab korang boleh perahkan lemon. Lagi satu, pemilihan air pun kena tepat. Nak meneutralkan balik tekak kita ni. Cik Rose cadangkan jangan pilih minuman bersusu ya. 


2) Pilihan kakak.

Manhattan Flaming Seafood Platter

The indisputable No.1 choice of our fans! This platter serves up generous portions of hand battered fish fillets, oysters and calamari. The highlight is our Manhattan Flaming Prawns, brought to full flavor when our Sea-cret Agents flame right before your eyes!

Yang ini saiz hidangan memang besar. Boleh 3-4 orang sebenarnya! Kenyang! Ikan dory digoreng, so memang menaikkan selera. Tengok pun dah tahu, ada macam-macam makanan laut. Puas hati ambil yang ini. 


3) Pilihan anak sedara.

Scallops Fish Chicken (SFC)

Can’t decide what to have? Have a bit of everything scrumptious! Sample our Cajun grilled chicken breast, crunchy fried scallops and all-time favorite fish fingers!

Ikan dory yang dibakar memang sesuai makan dengan nasi tu. Laju je masuk mulut. Hihi. Tak rugi pilih hidangan ni. Nyum nyum.


4) Pilihan adik.

Feeesh 'n Cheeese

Get the best of both world! Enjoy your Manhattan Fish 'n Chips with the marvelous cheeesy chips.

Kesukaan adik Cik Rose, memamg fish and chip. Sampai di sini pun tetap memilih fish and chip. Memang sedaplah. Cik Rose bagi 5 bintang!


Servis yang memang ok. Makanan pun sedap. Mahu tak sedap, dengan harganya yang sebegitu. Hihi. Sedikit teruja bila makanan sampai, dan pekerjanya dok 'bakar-bakar'. Hihi. Syok tengok api!

Secara keseluruhannya, Cik Rose berpuas hati dan mungkin akan pergi lagi. Cuma satu je nak pesan. Kalau nak pergi makan di The Manhattan Fish Market ni, kena betul-betul lapar. Sebab saiz hidandannya besar. Lebih baik share jer. Rugi wooo kalau tak habis. 

Alhamdulillah. Menu hari tu clear!. Hihi.



Selamat menjamu selera!

Post a Comment

5 Comments

  1. nampak sedap. sebenrnya kan kita ingat manhattan fish market ni bukan tmpt mkn2. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan kat the manhattan ni... sedapp dan harga tu boleh gulpp la.. hahahah

    ReplyDelete
  3. Banyak juga menunya..sangat pelbagai.ikan dori goreng sedap..

    ReplyDelete
  4. Antara makanan 'mewah' yang auni suka. Tapi tak mampu la nak makan selalu. Kopak beg duit. Haha! Aduhai cik ros... tengok entri ni otomatik jadi teringin pulak T___T

    ReplyDelete
  5. serius, aida memang teringin nak makan sini tau.
    kat melaka ni ada kat mahkota parade.
    terliur tgk hidangan lobster nyer!

    ReplyDelete