Menu Pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga | Assalamualaikum. Selamat berpuasa buat semua. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Cik Rose dua tiga hari ni tak berapa sihat. Kepala rasa berpusing-pusing. Tak pasti puncanya. Bukan duduk je rasa, bila baring pun rasa. Gagahkan juga diri ni.
Bercerita tentang berbuka puasa. Pasti meriah berbuka puasa bersama keluarga. Suasananya lain. Berselera makan. Jika tidak bersama keluarga, bersama teman-teman. Itu untungnya yang duduk bersama keluarga. Tak ape, masing-masing ada bahagian masing-masing. Usah dipersoalkan.
Buat Cik Rose pula, sejak 2009 bila merantau berkerja, tak dapat berbuka puasa hari-hari bersama keluarga di kampung. Masa bujang, duduk KL, berbuka dengan kawan-kawan serumah. Meriah juga. Sebab kami duduk ramai. Satu rumah 7-8 orang. Syukur Alhamdulillah. Berbuka memang meriah. Tapi, bersahur sunyi. Sebabnya tak ramai yang keluar bilik nak bersahur. Adalah 2-3 orang yang rajin bangun masak sahur. Hihi. Cik Rose dan teman sebilik, Noris tak keluar bilik masa sahur. Kami dah ready air kat sebelah. Hahaha. Masa sahur, duduk, bukak mata, minum air. Tidur balik. Aduhai... Kalau rajin sikit pergi bancuh air milo, takpun minum ait soya dalam peti ais. Rindu pulak suasana tu.
Kemudian, bila berkahwin lain ceritanya. Ada tahun yang dapat bersahur dan berbuka dengan suami. Ada tahun yang tak dapat buat macam tu dek kekangan tugas suami. Tahun lepas, 2016 memang tak dapat bersahur dan berbuka. Suami terlibat dengan latihan luar. Memang sorang-soranglah makan. Tapi, tahun lepas Cik Rose rajin masak. Jarang beli makanan di luar. Hikhik.
Tahun ni juga sama. Bila suami sekali lagi terlibat dengan operasi. Cik Rose redha.
Puasa pertama, Cik Rose balik Kedah. Daoatlah bersahur dan berbuka bersama keluarga. Ada juadah yang di masak dan ada juga yang dibeli. Nikmat bersama keluarga tu yang penting. Bukan mudah Cik Rose nak merasainya.
Kebetulan awal puasa kali ni, budak sekolah cuti dua minggu. Jadi, Cik Rose bawa anak sedara sorang ke mari. Hihi. Dah tingkatan dua dah pun
Dapatlah kami bersahur dan berbuka bersama. Cuma kesian pula kat dia. Cik Rose pergi kerja, duduk dia sorang di rumah. Terima kasih Nel, teman mak ude.
Ni antara juadah berbuka kami. Juada untuk 4 Ramadhan. Cik Rose masak sambal sotong je. Selebihnya beli di bazar. Ada nasi ayam, murtabak, kuih-muih, dan masak lemah cili api paru.
Yang ini pula menu untuk 5 Ramadhan. Kesemuanya lauk beli kecuali baki sambal sotong tu. Ada tomyam, paprik, ayam goreng kunyit dan kuih-muih.
Dibawah ni pula juada bagi 6 Ramadhan. Kali ni Cik Rose rajin ke dapur. Hihi. Cik Rose buat maggi goreng, kobis goreng kicap, dan cemdawan inoki celup tepung. Manakala karipap tu pula Cik Rose goreng, beli yang frozen. Ayam dari ayamas dan baki tomyam. Alhamdulillah.
Berselera bila makan ada teman ni. Alhamdulillah. Walau ada meja makan, nak juga makan di bawah. Memori dengan keluarga di kampung. Siap Cik Rose alas dengan kain pelikat lagi tu. Macam mana ni? Makin bam bam lah Cik Rose. Hahaha.
Selamat berpuasa buat semua.
Jalani Ramadhan dengan sebaiknya!
4 Comments
rajin cik rose masak..:)
ReplyDeleteHi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...
ReplyDeletealhamdulillah..rajin cik rose
ReplyDeletemeriah. skit skit jadik byk.
ReplyDeleteaida thn ni semua masak, rose.
xde yg beli. sebab anak2 pemakan.
kalau beli, sikit dpt nyer.
tak puas diorang makan.