Jadi Juri Juara Lagu Yang Tidak Berbayar.

Jadi Juri Juara Lagu Yang Tidak Berbayar | Assalamualaikum. Selamat malam. Menaip entry dengan diiringi lagu Camelia dendangan Irwansyah. Sungguh sayu nadanya. Walau liriknya berkisarkan seorang lelaki yang telah curang! Yang memiliki perempuan simpanan. Sungguh bijak pencipta lagu memusingkan emosi pendengar supaya bersimpati terhadap pelaku tatkala mendengar lagu Camelia ini. 

Eh eh jangan emo. Bukan hal lagu yang mahu Cik Rose kupas ya. Hi hi.

Malam ini mahu bersantai sahaja menulis entry. Aduhhh keluar pula lagu Catatanku nyanyian Melly bersama adik Baim. Sedih! 

Sejujurnya memang Cik Rose suka karya Melly Goeslow tau. Sejak dari dulu hingga sekarang. Lagunya memang merdu dengan ditambah suaranya yang pada pendapat Cik Rose adalah lunak. 

Tak perlu bernada tinggi untuk membuatkan sesebuah lagu hit atau berjaya menarik emosi pendengar. Cukup saja dengan perasaan yang disampaikan oleh penyanyi itu, yang bersesuaian dengan emosi lagu. Janganlah semua lagu mahu 'ditarik'. 

Dah kenapa malam ni playlist lagu Cik Rose semua lagu sedih???? Ha ha. Ni tengah berkumandang pula lagu Cinta Azali nyanyian Nurul. Sedap lagu ni. Korang pernah dengar tak ? 

Agak lama Nurul tidak tampil dalam program TV kan. Tapi, Cik Rose masih mengikuti Nurul di Instagramnya. Cik Rose pernah komen di Ig beliau, dan beliau balas tau. Sungguh Cik Rose terharu. 


Layan perasaan sikit malam ni. Sesekali apa salahnya kan. Ha ha ha. 

Tapi, sejujurnya Cik Rose sekarang lebih berjaya dalam hal mengawal emosi. Hanya Cik Rose je yang tahu hal hati Cik Rose ni. Hi hi hi.

Korang....
Cik Rose teringat satu pesanan dari seseorang yang berbunyi begini : 

"Jika sayang seseorang, jangan sayang sepenuhnya. Bimbang terluka di kemudian hari."

"Jika benci seseorang, jangan terlalu membenci. Bimbang kan timbul rasa sayang kelak."

Apa-apa pun, bersederhanalah. Cuba kawal emosi dengan sebaik mungkin. Iya, kita semua berbeza terkadang terhanyut dibuai perasaan. Namun, cuba sehabis daya untuk rasional dalam setiap tindakan. Bukan berlagak sempurna, kerana tiada yang sempurna. 


Sekian, sepatah dua kata dari Cik Rose.


Post a Comment

3 Comments

  1. kdg2 geram dgr lagu Camelia tu. tapi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sedap. Kak Rose memang suka melodi dia.

      Delete
  2. kadang2 bila duk sorang2 dgr radio pun blh emo kan cik rose... akak penah gk dulu2 masa duk pjj ngn en suami, lagu sedih skit kita lak yg nngis lebih2... tgk drama sedih skit nngis mcm apa....

    pesanan yg cik rose dpt tuh mmg familiar, biasa jgk akak dgr, org kata jgn terlalu2 sgt, nnti jadi terbalik lak

    ReplyDelete