MENGHITUNG HARI ...

Menghitung hari detik demi detik
masa ku  nanti apakan ada
jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari

Mood sekarang ni menghitung hari, counting days. Hi hi. Bila tunggu memang jadi lama. Bila tak tunggu, kejap je pulak rasa. 

Hari ni 24 Syawal. 

Apa khabar semuanya. Cik Rose doakan semuanya sihat sahaja. Masih menhadiri jamuan raya? Cik Rose jawab yer. Makan, makan, makan. Alhamdulillah, rezeki.

~ Dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada ~

selingan lagu raya sikit.

Cik Rose dalam sebulan dua ni, asyiklah demam, selsema, batuk. Bila baik, nanti jangkit balik. Antibodi lemah ke ni. 

Apapun, masih bersyukur dengan apa yang ada dan Cik Rose miliki.



Lama tak menulis,

~~ ada yang rindu?
~~ ada yang mencari?

Kalau ada, terharu rasa.

Kalau tak ada, ha ha ha. mampu gelak sambil tutup muka rapat-rapat. 

Cuba cari momentum kembali. 

Sejak dua tiga bulan ni, selalu ulang-alik Johor ke Kedah. Selatan ke utara dan utara ke selatan. Sudah lali. Terasa bagai Jb ke Batu Pahat atau pun Sungai Petani ke Butterworth. Begitulah perumpamaannya. Walau hakikatnya, perlu meredah 11 - 12 jam perjalanan. 

Terima dengan terbuka. Syukur apa adanya.
Insyaallah ada kemanisan yang menanti.

Buat keluarga tersayang, terima kasih untuk segalanya. Sayang sangat-sangat!

Buat suami nun di negeri di bawah bayu, tak sabar rasanya ingin ketemu! Ha ha ha.

mood pengantin baru, bakal on! Ha ha ha.

Post a Comment

3 Comments