Cara Hilangkan Bengkak Tonsil Dengan Berkesan

Cara Hilangkan Bengkak Tonsil Dengan Berkesan | Assalamualaikum. Terbaca di facebook majalah Pa&Ma , dan ingin Cik Rose luaskan perkongsian ini di blog pula. Terima kasih majalah Pa&Ma untuk perkongsian-perkongsian yang bermanfaat buat pembaca.

Hilangkan derita anak bengkak tonsil. Anak-anak saudara Cik Rose juga pernah kena. Cik Rose yang melihat ni pun rasa siksa, inikan pula budak -budak tu yang menanggung. Alahai, sebak hati ni


Tips pertama dengan menggunakan air lemon dan madu.  Ibu bapa diluar bolehlah mencuba sendiri di rumah. Buatkan air lemon dan campur dengan madu. Lemon yang memiliki ciri-ciri anti bakteria, boleh membantu melegakan sakit tekak. Juga, jus lemon itu dapat membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. 

Cik Rose kerap juga beli buah lemon, tapi buat air detoks. Hikhik. 


Tips yang kedua adalah dengan menggunakan air garam. Ha, cara ini amat mudah. Garam, senang nak cari. Dapur sendiri jer, tak payah runsing mencari. Air garam ini bertujuan untuk mematikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Caranya adalah, campurkan garam dengan air suam. Kemudian, bolehla berkumur. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa. 

Aiskrim! Siapa yang nak tolak kalau dihulurkan aiskrim. Hihihi. Cara ni paling mudah kan. Anak-anak mestilah sukakan aiskrim. Tapi, ingat. Aisktim Vanilla yer. Hihi. Kalau boleh, pilih yang dalam bekas berbanding yang jenis stick/batang. Jangan nak beli perisa lain pulak tau. Kang ada yang beli perisa coklat, straebrrry. Hihihi. 


Makanan yang perlu dielakkan jika tonsil bengkak adalah makanan yang pedas. Larangan keras ni tau. Nanti makin bengkak pula tonsilnya. Lebih baik, sediakan sup  dan masukkan sedikit bawang putih. Ianya bagus untuk melawan bakteria.


Itulah antara tips-tips legakan bengkak tonsil. Boleh cuba sendiri ye. Tapi, ingat tau. Jangan pandai-pandai sendiri pula. Rujuk juga doktor ya. 


Post a Comment

3 Comments

  1. bagus tips ni. memang ramai yang bermasalah tonsil bengkak ni especially budak2. tq ya

    ReplyDelete
  2. bg akak paling sesuai aiskerim vanila, kalau mkn pedas lagi teruk jadinya tonsil...

    ReplyDelete
  3. Yang paling awesome makan aiskrim. Kalau sore throat pum. Tapi tonsil kalau dh teruk n bengkak kena direct to specialist since benda ni bahaya. Kena buat surgery if terlampau bengkak sbab boleh effect our inhalation.

    ReplyDelete