Love your LOVE The Most!

Love your LOVE The Most! | Assalamualaikum. Saat ni mata belum nak lelap. Segar bugar lagi mata ni ha. Bukan kerana dah tidur siang tau. Cik Rose kerja macam biasa. Bukan kerana nescafe yang menyebabkan bertenaga, tak mahu lelap mata. Tapi kerana dah terlebih masa. Maksudnya, Cik Rose ni kalau dah mengantok pukul 10 malam, kena tidur. Kalau tangguh-tangguh tu yang buat tak dapat tidur. Hihi. 

Mungkin juga sebab sibuk mengemas. Mengemas ni nak kena tunggu mood sampai. Kalau moof tak ada, memang tidaklah nak mengemas. Cuba kalau mood datang, bukan main lagi. Siap vacuum dengan mop lantai. Ubah kedudukan perabot. Ha ha ha. Tudia baru!

Pagi tadi hujan lebat. Sejuk je cuaca. Cik Rose ni pergi balik kerja naik motor. Ego pink kesayangan Cik Rose lah peneman setia. Tapi, pagi tadi hujan lebat sangat. Jadi, Cik Rose tumpang kawan. Terima kasih kawanku!

Ok, berbalik pada bab mengemas tu. Habis semua perabot Cik Rose alih. Hihi. Cuma mengemas dapur tak sempat buat. Dah pukul 12 malam. Cepat jarum jam bergerak. 


Esok, 3 Ogos. Insyaallah Mr Army akan pulang. Kepulanganmu ku nanti. Pergi kerana tugas, pulang demi cinta katanya! 

Moga semuanya selamat dan dipermudahkan. 



Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga encik army pulang dengan selamat..

    ReplyDelete
  2. dapat akak rasa kan apa cik Rose rasa bila duk sorang2.... dulu2 akak masa PJJ pun gitu jgk, tido kene ontime kalu tak ikut tak terkelip2 lah mata tu, nk borak takde geng, tgk tv lah kadang sampai tertido kt depan tv...

    arini kene msk spesel lah en army balik kan, berapa lama cutinya tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Serba tak kena duk sorang. Tapi, mungkin dah terbiasa. Sibukkan diri dengan hobi nampaknya Rose ni kak..

      Cuti? Tak tahu lagi kak dapat berapa hari. Belum baris penutupan lagi.

      Delete
  3. Mama pun kalau tahan Mata jadi Segar bugar nanti jadinya

    ReplyDelete
  4. Pakcu berjalan-jalan kat sini erkkk

    ReplyDelete
  5. Semoga en army pulang dengan selamat. Singgah sini & salam kenal cik rose :)

    ReplyDelete