Perempuan Memang Sukakan Kejutan Dari Orang Tersayang

Perempuan Memang Sukakan Kejutan Dari Orang Tersayang. Suprise. Siapa yang tak suka, kan? Tak kira lelaki atau perempuan, memang suka kalau pasangan, keluarga atau kawan-kawan lakukan kejutan buat mereka. Namun, 'perempuan' dalam tajuk entry ni merujuk kepada diri Cik Rose. Hihi.


Perasaan bila terima kejutan tu, aihh seronok. Gembira semacam. Yeay yeay, macam nak melompat. Ha ha ha.
Tak kisahlah suprise dari suami/isteri, mak ayah, adik beradik atau kawan-kawan. 


Tapi, tapi.. Harus diingat. Kasih sayang bukan diukur dengan 'kejutan' yang diterima. Ada yang merasakan diri tak disayangi bila pasangan tak pernah buat suprise. Ada yang menganggap pasangan tak romantik bila tak pernah buat suprise.

Eh janganlah macam tu. 

Kita ni berbeza-beza. Tak sama. Ada yang memang suka kejutan, ada yang tunjukkan kasih sayang dengan cara yang lain. Ada pula yang tak reti tunjukkan kasih sayang secara terus. Terima sahaja dengan hati yang terbuka. Kan :)

Macam Cik Rose, jarang terima suprise. Tapi, sekali sekala suami atau mak ayah buat suprise, emmmm memang terkejut-terkejut dibuatnya. Hahaha.

Korang...
Cik Rose dalam perjalanan nak balik kampung. Doakan perjalanan kami selamat yer. 


Post a Comment

2 Comments

  1. banyaknye hadiah....rietta pown suka hadiah...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya packaging dia.. color produk pun cantik aje

    ReplyDelete