Tuesday, August 22, 2017

SUKA JANGAN TERLALU MEMUJI, BENCI JANGAN SAMPAI MENGEJI

SUKA JANGAN TERLALU MEMUJI, BENCI JANGAN SAMPAI MENGEJI | Assalamualaikum. Terasa mahu menulis berkenaan tajuk di atas. Terbaca satu ayat ni di laman muka buku tak lama dahulu. 

" Suka jangan terlalu memuji dan benci jangan sampai mengeji "

Ada benarnya ayat di atas. Saat berbaik, semuanya manis belaka. Indah di rasa. Namun, bila ada pertelingkahan, mulalah nampak yang buruk hingga saling mengeji. Sebab tu ada juga pepatah mengatakan, buat baik berpada-pada. Bimbang kebaikan akan disalah ertikan.


Ini ingatan juga buat diri Cik Rose. Jangan tersalah langkah, jangan ghairah mencari permata dan buang kaca-kaca yang bertaburan. Siapa sangka di masa akan datang yang permata itu akan memakan diri kita. Manakala kaca-kaca yang telah kita campak itulah yang akan menyelamatkan kita.

Hati-hati berkongsi cerita. Bimbang diputar belit dan di jadikan jerat buat diri kita sendiri kelak. Manusia bisa bertindak kejam jika tersepit. Aduhai. 

Terkadang, terduduk memikirkan apa yang harus dilakukan. Diluah mati mak, ditelan mati ayah. Namun, harus bertindak secara profesional. Peribadi adalah peribadi. Kerja adalah kerja. Dan perniagaan adalah perniagaan. Jangan campur adukkan semua perkara, bimbang tersalah langkah dek kerana emosional. 

Hal emosi. Sukar untuk diperlihara. Payah untuk dijaga. Sekali terusik, selamanya menjadi kenangan. Benar, kan? Oleh itu, berhati-hati dengan segala tindakan kita, ya. 

Be positive.

Ya, perlunya berfikiran positif. Namun, jangan keterlaluan. Perlu juga sekali sekala berfikiran negatif. Sebagai benteng diri juga. 

Entah kenapa, emosi bercampur baur. Berat hati memikirkan sesuatu. Niat hanya sekadar ingin berkongsi cerita telah disalah tafsir. Dicanang satu alam semesta berkenaan perkongsian kita yang akhirnya menampakkan sisi kurang baik diri kita. Itulah yang paling ditakuti. Salah faham. Dan bukan daya kita untuk menjernihkan kembali air yang keruh. Sukar untuk berpatah balik. Maka, ambil keputusan untuk jalan terus dan terus maju. 

Moga kita terhindar dari perkara sedemikian.

Hanyalah nukilan cerita dan tidak ada kena mengena dengan emosi Cik Rose saat ini. 

Sekian.

1 comment:

  1. Biasa-biasa dan sederhana itu solusi yang terbaik sebenarnya :)

    ReplyDelete