Erti MERDEKA yang sebenarnya | Erti Merdeka pada setiap individu adalah berbeza-beza. Berbagai-bagai tafsiran individu mengenai Merdeka.
Mengikut Kamus Bahasa Melayu :
mer.dé.ka] | مرديک
Definisi : /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yang ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan daripada penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Manakala Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara.
Sumber : WIKIPEDIA
Merdeka - Bebas. Itu bahasa mudahnya. Bebas dari apa? Boleh jadi penjajahan, tekanan, dan lain-lain. Penjajahan- bukan sahaja penjajahan kuasa, boleh jadi kekuatan, dan penjajahan minda juga.
Negara kita Malaysia sudah merdeka dari cengkaman penjajah, namun merdekakah minda kita?. Cuba renungkan dan fikir sejenak.
Berubahlah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan berada di takuk lama.
Iklan sikit. LAZADA ada buat jualan Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan. Boleh klik di banner di bawah ya, untuk cuci-cuci mata. hihi.
Cik Rose lampirkan di sini sedikit petikan ucapan oleh Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2015 tentang erti kemerdekaan. SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE.
Pada anak kecil, bebas bermain hingga senja, itu merdeka. Pada seorang ibu, melihat keluarganya nyenyak tidur, itu merdeka.
Pada seorang guru, lahirnya seorang graduan pintar, itu merdeka.
Pada seorang nelayan, beroleh sesuap rezeki dari dasar laut untuk dibawa pulang ke pangkuan keluarga, itu merdeka.
Setiap daripada kita akan mempunyai maksud yang berbeza, tafsiran yang berbeza. Namun, akhirnya kita akan faham jua. Dan kita akan kembali kepada satu perkara. Betapa merdeka itu bukan pada zahir dan luaran. Tetapi pada rasa, pada jiwa, pada minda.
~~~~~
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun Malaysiaku !
2 Comments
mmg negara kita dh merdeka tp blm semua yg betul2 merdeka...
ReplyDeletemcm kes baru2 nih yg 3 anak muda dr malaysia bt hal kt jepun, merdeka kah minda mereka, buat hal di negara org, tunjuk lagak di negara org sampai memalukan malaysia...
bg akak, klu dpt gaji pastu dh tolak2 segala utang utk bln tu, kebetulan dpt lak duit kutu dpt supink barang sendiri.... dh serupa merdeka hehehehhe
semoga kita terus bebas dari dijajah, tak kiralah minda ataupun kehidupan kita di negara yg berdaulat ini
ReplyDelete