Menikmati Keindahan Alam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor | Assalamulaikum. Siapa yang sukakan pantai? Angkat tangan. Yeayy ramainya. Pantai atau laut ni memang mendamaikan. Boleh menghilangkan tekanan bagi sesetengah individu.
Percutian.
Cik Rose akui suka melihat kawan-kawan kongsikan cerita mengenai percutian mereka di pulau / pantai / laut. Bestnya. Cantik pemandangannya. Namun, dek kerana kekangan masa, menyukarkan Cik Rose untuk bercuti di tempat sedemikian.
Tengok jauh-jauh, tak sedar rupanya ada depan mata! Betul kan?
Batu Pahat.
Warga Batu Pahat dan daerah sekitarnya pasti tahu Pantai Minyak Beku. Ya, ada pantai kat Batu Pahat ni. Jangan tak tahu. Tak perlu susah-susah fikir nak ke tempat yang jauh. Di sini pun ada. Cik Rose sempat ke sini minggu lepas. Seronok tau dapat menikmati keindahan alam ni.
Cantik kan. Gambar diambil sekitar jam 6 ke 7 malam. Subhanallah. Cantiknya. Agak lama Cik Rose tak berkunjung. Banyak perubahan yang berlaku di sini. Makin ramai pengunjung. Dan makin ramai yang berniaga. Tak adalah sunyi. Meriah sangat di waktu petang.
Cik Rose suka ambil gambar. Boleh dijadikan kenang-kenagan nanti. Cik Rose pilih kawasan agak hujung juga. Duduk atas batu, melayan perasaan. Hihi. Feeling romantik tengok matahari terbenam. Hihi.
Ambil gambar dalam mode panorama. Dah jatuh cinta dah Cik Rose ni ha. Bolehlah berkunjung kalau tak ada waktu yang panjang untuk betcuti di luar. Kat sini pun dah buat Cik Rose happy.
Cik Rose kongsikan beberapa keping gambar di sini. Yang berdekatan Batu Pahat,marilah singgah. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini.
Tempat nak parking pun luas. Terletak di atas bukit membuatkan ianya unik.
Kebetulan masa ambil gambar, tiada orang yang melintas. Kalau ada pun, Cik Rose buang nanti gambarnya. Hahaha.
Bersyukur dapat melihat keindahan alam. Airnya tenang masa tu. Masa Cik Rose pergi tu, ada yang memancing juga. Baguslah kan. Isi waktu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Tepi pantai tu ada jual ayam cucuk. Pertama kali beli dan rasa. Eh sedap rupanya ayam cucuk ni! Satu, seringgit sahaja. Keadaan sedikit sesak kalau waktu cuti dan hari minggu. Iyalah masa tu jer boleh berkumpul dengan isteri/suami dan anak-anak.
Hai warga Batu Pahat, pakat-pakat datang sini ya!
2 Comments
Cantik sunset.xpenah lg singgah pantai minyak beku..
ReplyDeletetengok laut memang boleh beri ketenangan. tak pernah lagi sampai sini
ReplyDelete