Assalamualaikum. Khamis - 14 September 2017. Ada perkhabaran suka juga perkhabaran duka. Sungguh sayu hati kerana menerima satu demi satu cerita duka.
Al Fatihah.
Malam ini mahu menulis secara santai sahaja. Jom tengok bunga yang Cik Rose baru beli ni. Cantik tak? Cantik tak? Korang kena jawab cantik! Hihi memaksa pula Cik Rose ni yer.
Hati berbunga-bunga riang melihat bunga. Moga bunga-bunga ini mekar berkembang. Moga bertahan. Suka dengan pilihan warna kali ini. Pink terang uols. Hot pink gittew. Hihi. Sebelum ini, Cik Rose pernah beli warna oren. Tapi, sedih! Sebab bunga tu diserang kulat putih-putih tu. Pergi beli ubat dia dekat kedai bunga. Sembur-sembur pun tak jadi. Dah mati dah. Sedih tau! Harap bunga ini baik-baik sahaja sambil ditemani bunga-bunga orkid Cik Rose.
Di entry lain, akan Cik Rose ceritakan tentang Orkid pula ya. Tunggu... hikhik.
Nak tanam bunga ni kena ada minat kan. Kalau tak minat, tak jadi.
Korang ada hobi?
Sesetengah orang menjadikan menanam bunga sebagai hobinya. Terapi minda dan emosi juga. Bila kita lihat dedaunan hijau, segar mata kita. Bila lihat bunga yang berwarna-warni, ceria emosi kita. Itu semua mempengaruhi hari-hari kita juga sebenarnya, dalam kita sedar atau tidak sahaja.
~~ Seumpama... dedaunan...
Yang telah gugur bertaburanMembiarkan... ranting dimamah usang ~~
Opss ternyanyi pulak. Hikhik.
Go green!
Hijaukan bumi dengan flora nan indah. Tapi, kenalah jaga baik-baik. Jangan dibiarkan semak-samun pula ya.
Emmm Cik Rose dah pasang angan-angan nak buat mini garden di balkoni rumah. Wahhh tak sabar ni!
4 Comments
Terapi semulajadi...aromanya tu..subhanAllah...
ReplyDeleteTernyanyi sama... Hahahahaaaa
ReplyDeleteCantiknya bunga.. Dulu ada minat tanam bunga kembang pagi tu.. Sejak tangan sakit ni tak boleh dah nak seperti dulu.. Sedih la pulak tengok pokok tu dah tak berbunga
ReplyDeleteMmg betul.. saya pun suka juga klu ada kelapangan.. mmg terapi dan riadah yg baik :)
ReplyDelete