Terima Kasih Si Ego Pink Ku Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuaca hari sejuk je kan. Pagi tadi hujan, dan hingga petang tadi mendung dan redup. Macam biasa, Cik Rose ke tempat kerja menunggang motosikal. Tetapi perjalanan ke tempat kerja kini dah tak sama dengan perjalanan Cik Rose ke tempat kerja sepanjang dua tahun ini. Tiada lagi berteman Skuter pink itu. 

Kalau dulu, skuter pink itulah yang menemani ke mana sahaja Cik Rose pergi. Berpanas dan berhujan sama-sama. Skuter Yamaha Ego S berwarna pink. Ketika hujan, kami sama-sama meredah air. Habis basah badannya, begitu juga basahnya baju Cik Rose. Alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi. Perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja tu sudah tentu, 5 hari seminggu. Kadang-kadang ronda malam, jauh sikit dengan Mr Army. 

Cik Rose ingat lagi tanggal 01 Julai 2015, Cik Rose malapor diri di tempat kerja baru. Mr Army hantar dan tunjuk jalan dari rumah ke tempat kerja. Almaklum, Cik Rose ni jenis penakut dan susah nak ingat jalan. Ditunjuk jalan selama 3 hari berturut-turut menggunakan jalan yang berbeza membuatkan Cik Rose bingung dan keliru. 


Namun, akhirnya Cik Rose berjaya ke tempat kerja dengan jayanya. hihi. 

Perjalanan bersama Ego pink itu tetap dalam ingatan Cik Rose. Sudahlah motor pink, helmet juga pink. Kena pula ada hari yang Cik Rose berbaju kurung pink, memang satu setlah pink sekali dengan kasut. Gadis pink. Walau sebenarnya pink bukanlah warna kegemaran Cik Rose, tetap Cik Rose suka dan perasan sweet. hahaha. larikkkk..


Hari berganti hari. Pertemuan dan perpisahan tetap berlaku. Cik Rose akur. Terima kasih Ego pink ku sayang kerana telah berbakti. Pengalaman tukar tayar, isi minyak, tukar bateri dan servis motor tu yang paling berharga. Sebenarnya Cik Rose adalah individu yang takut nak isi minyak. Kalau dulu, andai Mr Army ada tugasan luar, beliau akan beli minyak dalam botol dan bawa balik rumah. Cik Rose akan isi sedikit demi sedikit. Tapi, setelah beberapa ketika, Cik Rose belajar sendiri bila tersedar akan bahayanya tindakan Cik Rose itu. Cik Rose dah berani isi minyak sendiri. Cik Rose kira itu pencapaian yang besar jugak. Korang janganlah gelak pulak ya. hikhik.

Walau skuter Cik Rose berwarna pink, namun di nombor plate belakang motor tu tertera perkataan 'jiwaku jiwa rempit'. hahaha. Bila berhenti di lampu isyarat, sungguh Cik Rose malu! Mr Army yang ubah masa beli motor dulu. Cik Rase suruh tukar yang biasa punya balik, tak tukar-tukar pun. 

Ego pink ku sayang, 
Selamat berjuang kepada tuan barumu itu. Cik Rose sayang kamu! Kalau jumpa di jalan raya, jangan lupa bunyikan honmu itu. (hihi bermonolog sendirian).
Disember 2012 hingga Ogos 2017.

Cik Rose rasa perasaan itu normal kan. Bila kita dah sayang sesuatu, memang begitu. Korang ada tak benda yang korang sayang?




Post a Comment

5 Comments

  1. hehe..benda yang kita sayang mestilah terasa

    ReplyDelete
  2. sy sebenarnya tak reti bawak motor..hu

    ReplyDelete
  3. teringin nak ada skuter. rasanya dah 11 thn tk naik moto lepas accdent huhu

    ReplyDelete
  4. comel skuter tu.heehhehe
    eca motor2 ni mmg xbrani la kak..pena naik dgn arwah member baik, kaku je ats motor.sampai uma member gelak sakan.
    tu pasai kalau dating, gigih paksa dia naik keta eca.hahaha!
    xnak daku naik motor.

    ReplyDelete