TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY


TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY. Assalamualaikum dan selamat malam. Sementara nak menunggu cerita korea pukul 9 nanti, Cik Rose ambil masa sikit menulis. Cerita apalagi kalau bukan tentang bunga. 

Cik Rose memang suka bunga. Tapi, dah berapa lama tak ada bunga di rumah. Ni baru ada balik. Kira-kira baru 3 minggu kot. Pengaruh rakan sebaya konsepnya. Hihi. Terjebak kembali dengan bunga-bunga yang mekar mewangi ini. Thank you my lovely friend!

Korang minat tak tanam atau jaga bunga? Kalau minat, teruskanlah minat itu. Banyak kelebihannya kan. Dari segi emosi. Yes, betul. Kalau tengah stress, atau sedih tu, tengoklah bunga-bunga yang sedang mekar tu. Tenang je hati tengok warna- warni tu kan.


Jangan tanya Cik Rose macam mana nak tanam atau nak semai. Sebab Cik Rose beli anak pokok di kedai, dan bawa balik je. Tapi, kalau beli tu, balik rumah kenalah alih ke pasu lain yang lebih besar. Letak tanah lain, tambah baja. Siram kena on time. Hihi.

Bunga Ros Putih / Mawar Putih

Bunga ni Cik Rose sayang sangat. Suci je! Hikhik. Sesuci hatiku hatimu berputik jadi satu... ku rasa hadirmu menyempurnakan aku. Tapi....cinta bukan milik kita... Semua harus berakhir.... opssss sorry. Ternyanyi pulak. Hikhik.

Gambar yang Cik Rose ambil dibawah masa baru beli. Tak salin pasu lagi. Nanti, Cik Rose updated dari masa ke semasa ya. Sekarang ni dah salin dah pasu



Bunga Ros Merah / Mawar Merah

Mawar merah buat Cik Rose terpikat. Aduhai warnanya memikat! Masa beli, baru nak berbunga. Gambar di bawah ni masa baru beli. Sekarang, dah ada 9 kuntum bunga yang mekar. Alhamdulillah. 



Selain bunga mawar, bunga Daisy juga menjadi kegemaran Cik Rose. Sebenarnya ada bermacam-macam jenis daisy. Cik Rose pun tak pasti yang Cik Rose  punya ni jenis apa. Yang Cik Rose tahu, ianya Daisy. hihi.


Bunga Daisy Hot Pink.

Warnanya memang mengancam. Terserlah dari jauh. Buat Cik Rose geram. Sekarang ni dah dua kali salin bunga. Bunga yang pertama, batangnya dah layu, dan Cik Rose kerat. Tak buang pun, Cik Rose letak dalam gelas dan letak air. Dah tiga hari, masih segar bunganya. Bunga daisy ni tahan lama tau. Maksud Cik Rose, kembangnya tu lama. Ni yang best.



Bunga Daisy Merah Kuning. 

Bagi Cik Rose warnanya sedikit garang tapi cantik. Cik Rose suka bunga yang warna terang kalau daisy. 



Bunga Daisy Peach.

Warnanya lembut dan mendamaikan. Tetap menjadi kegemaran Cik Rose.



Masa dua tiga hari beli, daun bunga daisy Cik Rose sedikit layu. Batangnya juga senget dan ada yang melengkung. Cik Rose jadi hairan. Kenapa ni. Padahal siram je hari-hari. Apa masalahnya bunga-bunga daisy ku ini. Kembanglah mekar. Gembirakan hatiku ini. hikhik.


TIPS UNTUK BUNGA DAISY


Nak dijadikan cerita, Cik Rose ikut kawan ke kedai bunga untuk beli tanah dan pasu. Sambil cuci mata, kot-kot ada bunga yang baru kan. Bolehlah beli lagi. Tapi, tak ada pun bunga baru. Belum sampai katanya. Alang-alang dah  ke sana, kitorang pun ajukan masalah bunga kitorang pada tuan kedai tu. Oh rupanya kaedah penyiraman Cik Rose salah. 

Nak jaga bunga daisy ni tak susah katanya. Cara siram tu yang penting. Jangan main siram je. Siram di tanah yer. Jangan siram pada bunga. Habislah rosak bunga-bunga yang baru nak mekar tu. Dan siram elok-elok, jangan  main jirus ja dengan kadar tekanan air yang laju. Habislah bunga-bunga kita tu nanti. 

Siram bunga di waktu pagi. Ingat, PAGI. Bukan petang. Dia kata kalau hari terlalu panas, barulah boleh siram pagi dan petang. Kalau biasa-biasa je, cukup siram di waktu pagi. Macam kita sarapanlah kan di pagi hari. 

Letak baja tu, jangan dekat dengan pokok . Maksudnya jarakkan sedikit baja tu. Tabur keliling pasu. Cukuplah seminggu sekali. Periksa tanah tu juga sesekali. Jangan sampai terlalu padat. 

Kalau pokok makin membesar, alihkan ke pasu yang lebih besar. Bunga yang dah layu, kerat je. Untuk menggalakkan pertumbuhan anak bunga yang baru.


Bunga daisy juga memerlukan cahaya matahari. Jangan takut pulak yer. hihi. Tapi, kalau terlalu terik, alihkan pasu ke kawasan yang teduh sikit. Macam Cik Rose, tak alami masalah sangat bab cahaya ni, sebab letak di balkoni.

Selain bunga mawar dan daisy, Cik Rose beli juga bunga yang lain. Buat penyeri kan. Tapi, maaf. Cik Rose tak tahu jenis bunganya. Cik Rose tengok cantik je, terus beli. hihi.


Bunga yang di bawah ni pun cantik. Menurut kata tuan kedai bunga tu, bunga ni jangan terlebih siram. Dua hari sekali je. Sebab dia takung air. Ada yang tahu tak bunga ni bunga apa. Cik Rose dah lupa. hihi. Masa beli, dah diberitahu namanya.




Koleksi bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose. Belum berkesempatan nak hiaskan lagi. Nak bagi stabil dulu pertumbuhan bunga-bunga ni, baru fikir nak deco-deco garden.




Berkebun ni boleh jadi terapi diri sebenarnya. Mengawal emosi. Pendapat peribadi Cik Rose lah. 

Bunga orkid Cik Rose masih ada. Cik Rose dah alih kedudukannya di balkoni belakang. Wah makin segar bugar daun-daunnya. Tak sabar nak tunggu inya berbunga lagi. 

Cik Rose dan bunga. Im in love!

Post a Comment

23 Comments

  1. cantiknya daisy...

    ReplyDelete
  2. tgn cik rose mmg tgn sejuk kot, tnm menjadi n subur je

    ReplyDelete
  3. rietta pown suka bunga ros....sronok bila roses kita berbungakan....rietta pling suka red and white roses....

    ReplyDelete
  4. cantik-cantik senua bunga tu lagi-lagi yang ungu tu

    Job berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html

    ReplyDelete
  5. Cantikmya ros..
    Doakan ciksu tabah ye nk siapkan mini garden juga aamiin..

    Last year dh target haaa. Masuk rumah baru ada balkoni nk buat mini garden ginilah. Tup tup bertentang dgn blok depan..

    Mmmmm

    ReplyDelete
  6. bunga cik xingat tu namanya double carnation@dianthus..bahasa melayu kita panggil bunga teluki..tahan panas..rajin cantas bunga dia lg rajin la berbunga dia😊

    ReplyDelete
  7. bunga cik xingat tu namanya double carnation@dianthus..bahasa melayu kita panggil bunga teluki..tahan panas..rajin cantas bunga dia lg rajin la berbunga dia��

    ReplyDelete
  8. You are such green fingers! I can't even plant cactus

    ReplyDelete
  9. geram tengok pokok2 bunga cik rose..nak tanya cik rose..sllu cik rose wat ape pas bunga tu dah kembang..petik buat kering ke?

    ReplyDelete
  10. Cantiknya bunga-bunga tu semua. Segar mata memandang. Ana minat bunga tapi selalu fail bab penjagaan. Hehe

    ReplyDelete
  11. Lawanya bunga pink tu kak.. Zaza kt rmh abah yg tanam pokok2 bunga nih

    ReplyDelete
  12. Bab2 penjagaan bunga ni serah pada k.ros je.. Segar bugar k.ros jaga.. Hehehe.. Kalau kita mau mati sokmo

    ReplyDelete
  13. Tu dia.. Segar bangun pagi tgk bunga2 ni.. Ni kalau nad jaga mau layu saje.. Hahaha.. Tangan tak sejuk.. Haishh.. Kadg dh siram pun layu..

    ReplyDelete
  14. Kembang dan sihat bunga rose tanam. Akak xboleh tanam pokok... pokok mati.. hahaha

    ReplyDelete
  15. Cantiknya koleksi pokok bunga Cik Rose.. suka tengok tau.. 😍

    ReplyDelete
  16. Canti-cantiknya pokok bunga cik rose...teringin nak menanam pokok bunga juga.

    ReplyDelete
  17. Cantiknye bunga rose, suka tengok pokok-pokok yg berbunga tp.. Belum.ada kekuatkan nak tanam sendiri, takut nnt tak terbela. Almaklum tuannya bz

    ReplyDelete
  18. Cantiknya bunga, patutlah kat rumah ni pokok bunga ada yang layu.

    ReplyDelete
  19. Thanks for the tips, will share it with my mom coz she loves gardening.

    ReplyDelete
  20. Ya Allahhh.. cantik2 bunga semua..pandai sis bela..tangan tu serasi betul dengan pokok2 bunga.. alahai..terasa macam nak tanam pokok bunga gak ..

    ReplyDelete
  21. Br tahu pasal bunga daisy dgn yg ungu tu sy br beli dok siram patutlah mati

    ReplyDelete