30 November | Ada apa dengan tarikh ini



Assalamualaikum. Tajuk macam sesuatu sangat. Ada apa dengan 30 November. Hihi. Selama 3 hari cuaca mendung dan hujan, menggambarkan kesedihan hati Cik Rose ni. Alhamdulillah hari ini cuaca baik. Panas dan berangin. Namun isi hati Cik Rose tidaklah sepanas mentari. Sayu dan muram menahan rasa. Ehhh bermadah pulak! 

Hari ni. 
Mr Army Cik Rose dah mulakan perjalanan untuk tugasan luar. Moga perjalanan mereka dipermudahkan dan baik-baik saja. Pagi tadi dah hujan lebat dalam rumah. Hihi. Walau dah alami, dah selalu, tapi jiwa Cik Rose ni kan sensitif. Iya, siapa yang tak nangis kan. Tipulah kalau tak nangis. Kuat memang kuat, tapi nangis tetap nangis. Itulah Cik Rose. Kah kah. 


Cik Rose hanya mampu melihat dari atas. Memandang sayu dari kejauhan. Tak sanggup nak tengok dekat-dekat. Tengok jauh pun dah merambu air mata. Kalau dekat? Bayangkan. Hik hik . 

Tiada apa yang kami para isteri harapkan buat Perwira-perwira. Pergilah demi tugas anda. Semoga baik-baik di sana. Jaga diri, jaga kesihatan. Ingatlah yang tersayang. Moga tugas anda dipermudahkan dan berjalan lancar. Doa mengiringi langkah anda. Doakan juga kami isteri-isteri di sini. Moga kuat menggalas tanggungjawab. Moga terus diberikan kesabaran. Aminn.

Maaflah yer. Entry ni lebih kepada luahan perasaan pulak. 



Di balik tetingkap kecil, Cik Rose melihat satu demi satu bas yang meninggalkan kem. Lagilah hati ni sebak. Tak dapat bayankan kalau Cik Rose tunggu kat bawah, bimbang Cik Rose akan mengejar bas tu pulak. Ok, tipu. Hihi. Biasalah nak drama aje. Hikhik. 

Di sebalik kesedihan kami para isteri di sini, sebenarnya akan wujud kegembiraan. Kegembiraan para isteri yang menanti kepulangan para suami pula. Ini kerana apabila ada pergerakan pergi, sudah tentu ada pergerakan keluar. 

Tujuan entry ini bukan merintih ya. Ianya kerana Cik Rose ingin menulis sesuatu di sini supaya menjadi kenang-kenangan buat diri sendiri. 

Pergi demi tugas, pulang demi cinta” 

Ewah ewah. Hihi. 

Maka, bermulalah episod Cik Rose dok ‘counting days’. Hihihi.

Cik Rose sibukkan diri dengan bunga-bunga ni ha. Menemani hari-hari Cik Rose. Cuaca hari ni elok, panas dia. Setelah 3 hujan dan mendung, bila dapat cahaya macam ni, gembiralah pokok-pokok Cik Rose. Bunga Daisy masih berbunga. 


Bunga Rose pula dah habis bunga. Cik Rose dah potong batang-batangnya nak galakkan pertumbuhan bunga. Baru letak baja semalam. Tapi, ada dua pokok je ni. Satu pokok dah sakit. Dan satu lagi dah mati. Aduhai... Virus-virus cinta punya angkara ni. Hikhik. Terlebih baja barangkali. 

‘Pokok burung’ pula dah elok membesar. Kena alih ke pasu lebih besar nampaknya. Suka suka suka.. hihi. 




Best ada hobi ni. Apa hobi korang? Jom kongsi dengan Cik Rose. 



Post a Comment

2 Comments

  1. sabar cik rose. Semoga Allah Permudahkan urusan kalian suami isteri. Teringat zaman ayah saya dulu polis hutan. tiap kali bertugas memang pergi 2-3 bulan jugak. tgglkan kami dgn mak je. seronok tggu ayah balik bwk mainan..hehe

    ReplyDelete