Friends are connected heart to heart, distance and time can’t break them apart

Assalamualaikum. Selamat pagi, apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja. 

Selasa yang lepas, Cik Rose berpeluang ke office lama Cik Rose di Johor Bahru. Tujuan ke sana atas urusan kerja. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Alang-alang dah ke sana untuk urusan kerja, Cik Rose berpeluang jumpa teman baik sekali! Dapat bertemu Kak Isma dan Kak As. Aduhai, rindunya. Agak lama juga tak jumpa. Last jumpa masa jamuan hari raya tahun lepas. Cumanya nak jumpa Kak Wanie je belum kesampaian ni. Kerana Kak Wanie juga telah berpindah tempat bertugas nun di Nusajaya. Insyaallah ada kesempatan kita jumpa berempat pula.

Bila dah lama tak jumpa, kadang kala kita akan berasa kekok. Tapi, ianya tak berlaku pada kami! Hihi. Ada je benda nak diceritakan. Kami masih berhubung melalui whatsapp. Tapi, tak sama berhubung melalui whatsapp dengan bertemu empat mata. Lain! Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsikan, banyak benda nak diluahkan. Segala yang terbuku di hati, terasa mahu dikeluarkan satu demi satu. Biar terlerai rindu yang bersarang di hati masing-masing. 


Berkesempatan berjumpa di waktu tengahari, jam 1. Kami menuju ke Medan Selera Bomba, berdekatan dengan Menara Kastam juga. Kami pergi berempat, termasuk Kak Ju, teman Cik Rose dari office sekarang. Bila pergi makan di sana, aih menggamit memori balik la.. Cik Rose order chicken chop. Lama dah tak makan.. Chicken chop yang sampai panas-panas siap berasap! Dan juga ada letupan-letupan kecil. Eh orang panggil apa tu, ala yang letak dalam bekas sizzling mee tu. Aduhai lupa pulak. Hihi. 

Melihat Kak Isma yang semakin gojess dan vouge, membuatkan Cik Rose rasa ingin tahu rahsianya. Hahaha. Korang jangan gelak ek.  Serius betul. Masih seperti dulu dengan sikapnya yang ramah dan friendly. Sentiasa happy tersenyum. Kita yang berada di sampingnya pun akan menyerap aura positif beliau. Oh Kak Isma, rindu nak macam dulu. Berceloteh, bercerita, berkongsi cerita, jalan-jalan, makan-makan, diberi tunjuk ajar. Juga Isha, anak Kak Isma. Rindu dia, dah semakin meningkat usia, comel. 

Kak As. Mommy to be! Cantik sokmo, ayu dalam tegas. Masih seperti dulu. Berseri-seri ibu mengandung. Doakan buat Rose juga ya, Kak As. Love you!

Meminjam kata -kata Kak Isma di  instagram milik beliau iaitu : 
“ friends are connected heart to heart, distance and time can’t break them apart”. 





Bertiga. Next time, kita atur masa untuk bertemu berempat pula ya. 

Kak Isma, Kak As dan Kak Wanie, 

Terima kasih kerana masih mengingati Rose, masih sudi menjadi teman, masih lagi seperti dulu. Sungguh. Rose rindu masa kita dulu. Memori bersama tidak pernah menjadi sejarah, kerana ianya adalah kenangan yang indah.  Moga hubungan yang terjalin kekal dan bertambah rapat. Jarak hanyalah jarak, yang penting adalah ingatan kita bersama. 

Salam Sayang,
Rose yang comel dan kadang kala beremosi. 

Hahahaha comel konon. Larikkkkkkk....




Post a Comment

3 Comments