Saturday, November 04, 2017

Keputusan Perlawan Akhir Piala Malaysia 2017 Kedah Lawan JDT



Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 Kedah Lawan JDT | Assalamualaikum. Hai korang! Hari ni berkesempatan nak updated tentang dunia bolasepak. Ecewahh. Dulu Cik Rose aktif updated tentang sukan terutamanya bolasepak tempatan. 

Malam ni perlawanan akhir Piala Malaysia sedang berlansung. Diantara Kedah menentang JDT. Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 9 malam. 


Kalau tanya Cik Rose, sokong siapa,  sudah tentulah jawapannya Kedah. Pulun Kedah Pulun! Sampai tukar profile picture di fb lagi! Hijau kuning negeriku. Jom kita tengok siapa kesebelasan utama pasukan Kedah malam ni. Terima kasih fb Kedah FA untuk gambar dan maklumat ni. Antara pemain yang akan beraksi malam ni adalah Ifwat (GK) , Khairul Helmi (C) c Anderson, Rizal, Ariff Farhan, Amirul Hisyam, Liridon, Syazwan, Sandro, Ken Ilso dan semestinya Baddrol Bakhtiar. 


Moga berjaya buat pasukan Kedah! Tak kisah siapa yang menang malam ni, kerana adat bermain. Ada yang menang ada yang kalah. Moga yang terbaik bakal menjuarai Piala Malaysia 2017. Semangat kesukanan itu penting. Jangan terlalu emosi!   


Tertarik dengan kata-kata di atas. “Go where you wanna go, always remember your roots.” Ya, benar. Jangan sesekali lupa asal usul kita. Melangkahlah sejauh mungkin mengejar impian dan cita-cita tanpa melupakan siapa kita. 

Updated : Keputusan separuh masa pertama final Piala Malaysia 2017, JDT mendahului dengan satu gol. 

Updated penuh : JDT menjuarai Piala Malaysia dengan kemenangan dua gol. Tahniah buat Pasukan JDT. Juga tahniah bua Pasukan Kedah. 





1 comment: