November 2017 | Cepatnya masa berlalu


Assalamualaikum. Hari ni 1 November 2017, Rabu. Terasa cepat masa berlalu. Kiranya lagi 2 bulan sahaja 2017 bakal melabuhkan tirai. Beberapa hari ni agak sibuk sebenarnya. Moga semuanya dipermudahkan dan baik-baik sahaja. 


Positif
Memang mudah berkata-kata dan memberi nasihat. Namun, sukarnya ingin bertindak sedemikian. Betul kan? Sedaya upaya Cik Rose berusaha untuk kekal positif, namun terkadang tergelincir sedikit. Cepat-cepat bangun dan melangkah lagi. 

Oktober
Syukur perkara-perkara manis yang hadir dalam kehidupan. Mak ayah Cik Rose datang ke Batu Pahat. Suami bawa jalan-jalan Cameron Highland, dapat balik kampung sebentar(rumah mertua). Alhamdulillah. Oh ya, masih belum berkesempatan nak updated cerita Cameron Highland di blog. Sempat berkongsi gambar di instagram sahaja. Cik Rose cuba cari masa nanti untuk mengarang. 


Mawar Kuning
Saje letak satu gambar dulu, ala-ala teaser gitu. Hihi. Minat pada bunga masih menebal. Dah bertambah dah jumlah pasu di balkoni rumah ni. Seronok tengok bunga-bunga berkembang. Nanti Cik Rose cerita penuh di entry lain ya. Cerita tentang pengalaman sendiri bagaimana jaga bunga dan tips-tips tentang penjagaan pokok bunga. Sekarang ni dah ada rak bunga! Lagilah excited. Hihi.

November
November yang sibuk dan padat. Maklumlah hujung-hujung tahun ni, pelbagai perkara perlu dititikberatkan dan diberi perhatian. Moga semuanya berjalan lancar! 

Ok lah, sampai sini dulu ya. Jumpa lagi!


Post a Comment

0 Comments