Monday, November 06, 2017

USAHA UNTUK MENGANDUNG DENGAN MAMTEEN

USAHA UNTUK MENGANDUNG DENGAN MAMTEEN | Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni terdetik nak berkongsi mengenai zuriat. Kalau yang dah mengenali Cik Rose, atau yang selalu membaca blog Cik Rose, mesti dah tahu kan yang Cik Rose sedang berusaha untuk memiliki zuriat. Cumanya, Cik Rose kurang gemar bercerita mengenai usaha kami suami di media sosial. Tentang itu, biarlah kami sahaja yang mengetahui. Maaf cakap, Cik Rose memang sensitif bab ni. Siapa yang tidak mahu  memiliki anak sendiri kan? Itulah yang menjadi impian setiap pasangan suami dan isteri. Namun, siapa kita untuk mempersoalkan soal rezeki. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. Cepat atau lambat, Allah dah aturkan. Sabar, sabar dan sabar. Buat semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan Cik Rose, terima kasih banyak.

Alhamdulillah, hari demi hari berlalu, banyak berita gembira yang Cik Rose dengar dari rakan-rakan yang juga sedang berusaha untuk mengandung. Rezeki mereka, Cik Rose turut gembira. Yang terbaru penyanyi kesayangan Cik Rose, Siti Nurhaliza juga mengandung. Tak tahu kenapa, mendengar berita itu perasaan Cik Rose bercampur baur. Gembira dan sebak. Alhamdulillah. 

Ok, back to the story, tentang Cik Rose pula la kan. Hihi. Cik Rose diperkenalkan dengan MAMTEEN. Sebagai salah satu altenatif dan usaha dalam memperoleh zuriat. Ya Allah, syukur. Tak salah kita mencuba kan. Usaha selagi terdaya!

  

Apakah MAMTEEN?  
Mamteen bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dan lain-lain kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil. Betul kan? Semuanya ada hubungkait dengan hormon. Ada yang pesan pada Cik Rose, jangan stress-stress. Sebab nanti hormon akan terganggu. Aduhai. Susah sebenarnya nak mengawal stress ni. Baru-baru ni, ada individu dari pusat rawatan altenatif, datang pejabat Cik Rose. Memberi ceramah kesihatan. Sambil-sambil tu, dorang belek tapak tangan kitorang. Banyak urat hijau di tapak tangan Cik Rose, yang menandakan stress. Betul ke tidak, tak pastilah. Hihi.           

MAMTEEN ni bukan sahaja sesuai untuk individu yang sedang ikhtiar untuk hamil, juga amat sesuai untuk individu yang sedang hamil, sedang menyusukan, dan yang mempunyai masalah period yang tidak teratur.Mamteen boleh diambil oleh wanita hamil seawal 12 minggu kandungan dan keatas.Korang…. tablet ni bukan ubat. Jangan salah faham. Ini adalah makanan tambahan. Jadi, sesuai untuk golongan-golongan di atas. 




MAMTEEN ni berbentuk tablet kunyahan yang mengandungi tiga bahan utama iaitu susu, delima dan kurma. Manakala bahan tambahan lain adalah brokoli, tomato, saffron, dan daun zaitun. Ramai kawan-kawan Cik Rose yang pesan, lebihkan makan kurma, buah delima, badam dan susu. Bagus untuk kita sebenarnya. Tapi, biasalah kadang-kadang kita ni terlepas pandang. Tak displin nak makan makanan-makanan tersebut. Maka, tak salah jika kita amalkan makanan tambahan seperti MAMTEEN ni. Betul, kan? All in one, katanya. Lebih mudah.  




Korang pun sedia maklum kan kebaikan-kebaikan bagi bahan-bahan utama di atas ni kan.  Kalau nak disenaraikan, terlalu banyak. Rata-rata orang dah tahu dah. Tapi, buat rujukan sendiri dan sebagai perkongsian, Cik Rose senaraikan serba sedikit di sini ya. 

DELIMA. 
Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
Mencegah keletihan.

KURMA
Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. 

    
SUSU
Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan.

BROKOLI
Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan selenium yang menguatkan system imunisasi.

TOMATO
Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.

SAFRON
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
Menambahkan tenaga zahir dan batin. 

DAUN ZAITUN
Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.

Ada banyak sangat kelebihan bahan-bahan asas yang digunakan ni. Cik Rose Cuma senaraikan sedikit sahaja, ambil point penting katanya! Hihi.  




Cik Rose berharap, dapat displinkan diri untuk amalkan pemakanan tablet MAMTEEN ni. Hihi. Janganlah sekerat jalan je, macam mana nak dapatkan hasil, kan? Apa-apapun, kena usaha  yang berterusan. Apa rasa MAMTEEN ni? Sedap ke? Bagi Cik Rose, sedap je. Rasa macam manis yang bersusu tu tapi ada masam sikit-sikit.Macam mana nak jelaskan ek. Tapi, memang sedaplah!. Jadi, tak ada alasan untuk Cik Rose tidak mengambil MAMTEEN ni setiap hari. Hihi. 

Sebotol Mamteen mempunyai 30 tablet, boleh diambil 1-2 tablet sehari utk kesan maksima. Sebaiknya 15-30 minit sebelum breakfast. Pendek kata, bangun pagi tu boleh makan terus, sebelum Cik Rose pergi kerja.MAMTEEN ni jugak tidak mengandungi kolagen jadi ianya selamat untuk digunakan bagi mereka yang alahan pada kolagen. 

Sebelum makan, Cik Rose ada juga baca testimoni – testimonMAMTEEN ni. Di bawah,  Cik Rose kongsikan beberapa testimoni ya. Rata-ratanya bagi feedback, bertenaga. Yeay, lepas ni taklah letih semacam je kan.    


 




Korang, jomlah cuba. Senang je, tak perlu bancuh ke apa ke. Kunyah atau hisap je. Nyum nyum. Harganya pun berpatutan. Dalam setiap botol, ada 30 biji. 

HARGA MAMTEEN (30 tablet)
RM 65 SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 SABAH DAN SARAWAK




Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk sini yer :

Bagi pendapat peribadi Cik Rose, selagi boleh usaha, kita usaha, jangan cepat mengalah! Doa dan usaha seiring, Insyaallah. Sekali lagi Cik Rose tegaskan, MAMTEEN ni bukanlah ubat, hanya makanan tambahan. Yang membantu mengimbangi hormon. Bila hormon kita cantik, Insyaallah peluang tu lebih tinggi. Cik Rose doakan semua wanita yang ingin menjadi ibu, dipermudahkan jalan, juga buat diri Cik Rose sendiri. Aminn.

Doakan buat Cik Rose ya. Terima kasih. 


3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan cik rose.. aminnn

    ReplyDelete
  2. Suka dengan bahan dalam Mamteen ni. Walaupun banyak bahan yang rasa dia tak sedap, tapi tablet ni sedap je rasa dia kan. Macam gula-gula.

    ReplyDelete
  3. bestkan mamteen ni.. rasa mcm oren2 skit.. tp masam2 skit.. elok utk milkbooster ni

    ReplyDelete