Makan Best dan Sedap di Kluang Rail Coffee


Makan Best dan Sedap di Kluang Rail Coffee | Assalamualaikum. Cik Rose duduk Johor dari tahun 2012. Johor Bahru dan Batu Pahat. Tapi, ni pertama kali Cik Rose berkesempatan untuk makan di Kluang Rail Coffee. Eh, Railway atau Rail saja ya? 

Cik Rose baru pergi minggu lepas bersama abang dan anak-anak sedara Cik Rose yang datang dari Kedah. Kami pergi dalam waktu petang, lingkungan pukul 3.30-4.00 petang. Betul-
betul di stesen keretapi Kluang. Masa sampai tu, memang ramai orang. Penuh dalam cafe. Maka, kami duduk di meja sebelah luar. 

Di bawah ni adalah antara menu yang terdapat di Kluang Rail Coffee. 


Pelbagai jenis makanan dan minuman yang ada. Harga juga amat berpatutan. Nak tahu tak, servis di sini memang terbaik bagi Cik Rose. Pekerjanya buat kerja laju tau. Kami duduk je, terus angkat pinggan dan cawan yang ada serta lap meja. Sebab kitorang nampak je orang bangun, terus pergi duduk. Hihi. Ambil order dan kami tak tunggu lama tau. Air sampai lepas tu makanan sampai. 

Cik Rose order Kopi panas. Dok dengar orang cerita sedap, tu yang teringin. Memang sedap bagi tekak Cik Rose. Pekat kopinya! I like. 


Antara makanan yang kitorang order ialah roti bakar(kaya dan butter), cucur bilis dan nasi lemak. Rugi order roti bakar tu sikit, tak cukup! Hihi. 


Makan panas-panas tu yang sedap. Sekejap ke dah habis. Nyum nyum. 


Lepas makan, terus kitorang meneruskan perjalanan ronda-ronda Bandar Kluang. 




Post a Comment

6 Comments

  1. Welcome to Kluang.
    Kalau ke KRC kena cari kopi dan roti bakarlah.
    Ada satu lagi restotan dia lebih besar di round about sebelum sampai bandar Kluang.

    ReplyDelete
  2. Okes, add in dlm list alang2 nk pergi jb next week. Hehehe mmg terbaek ke

    ReplyDelete
  3. salam sis....bestnyer makan kat sini...rindu kopi dia....

    ReplyDelete
  4. Sedap kan..hehe..dah rasa hari tu

    ReplyDelete