Rambut Sering Gugur | Ini cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut



Rambut Sering Gugur, Ini cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut |Assalamualaikum. Masalah rambut gugur menghantui ramai orang, tak mengira umur atau jantina. Stress melihat rambut yang gugur ni kan. Eh sebenarnya korang jangan stress. Tak elok. Masalah keguguran rambut memang mengganggu Cik Rose. Dalam blog ni pun sebelum ini, Cik Rose ada kongsikan petua untuk elak rambut gugur. Macam-macam petua tradisional yang ada. Tapi, dek kerana kesibukan kerja , tak semua mampu amalkan petua-petua tersebut. Macam-macam shampoo juga telah Cik Rose cuba. Dari murah ke mahal, banyak yang dah di cuba. 

Pernah tak korang alami, sapu rumah jumpa banyak rambut. Lepas tu kat lantai bilik air pun ada. Bila buka getah ikat rambut, ade je rambut korang. Aaaa sedih tau. Dok memikir banyaknya gugur. 

Ok, dalam entry ni akan Cik Rose ceritakan pengalaman Cik Rose mengatasi masalah keguguran rambut. Ya, kita ni berbeza-beza. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai. Sebab tu kena kenal dahulu rambut kita ni jenis yang macam mana. Ini adalah review peribadi Cik Rose. Cik Rose menulis fakta setelah berpuas hati dengan perubahan Cik Rose sendiri. 

Apa yang Cik Rose guna untuk mengatasi masalah keguguran rambut?

1. Shampoo Follow Me - Anti Hair Fall
2. Shampoo Follow Me - Soft & Smooth
3. Hair Serum (Organic Argan Oil  & Virgin Olive Oil) - Botaneco Garden


Asalnya, Cik Rose guna shampoo jenama lain. Bila makin teruk rambut gugur, Cik Rose tukar shampoo lain. Aih sampai bila nak macam ni. Cik Rose tak tahu kenapa rambut gugur. Ya, tak tahu. Kalau tahu puncanya, senanglahkan. Nak dijadikan cerita, Cik Rose ada tengok satu video di Instagram. Review shampoo Follow Me. Eh macam best je shampoo ni. Review seorang blogger juga. Siap tunjuk bershampoo. Cik Rose ni apalagi, terpengaruhlah. Hihi. Yang menariknya shampoo ni sebab ada green tea. Cara blogger tersebut review dah buat Cik Rose tertarik uols. 

Cik Rose ada ke Watsons untuk cari Shampoo Follow Me. Tapi, tak ada. Hihi. Adik tu cakap tak ambil produk Follow Me. Ok, takpe. Cik Rose akan usaha ke tempat lain pula. Satu hari, Cik Rose ke Nirwana denga suami. Eh ternampak shampoo Follow Me, bersusun dekat rak. Cik Rose dok pilih-pilih nak beli jenis ape ye. Akhirnya Cik Rose pilih Anti Hair Fall. Ada Grape Seed Extract dalam shampoo ni. Inilah dia : 


Kemudian, Cik Rose pergi Guardian pula. Saja cuci mata. Ternampak pula hair serum , Organic Argan Oil & Virgin Olive Oil dari Botaneco Garden ni. Macam best je. Cik Rose tahu minyak argan ni banyak kelebihannya. Maka, Cik Rose beli. 


Cik Rose guna shampoo ni dalam dua minggu, tapi bukan setiap hari. Cik Rose pakai selang sehari. Dan hair serum tu Cik Rose pakai setiap hari. Lepas mandi tu, lap rambut dan Cik Rose pakai hair serum. Bau dia sedap. Tapi, bukan wangi tau.  Bau dia memang bau minyak argan dengan minyak olive tu.

Kali ni Cik Rose displin pakai. Dah tak main-main. Sebab nak tengok ade perubahan tak. Nak tahu tak, Cik Rose happy sebab memang berkesan dengan rambut Cik Rose. Bila buka getah rambut, dah takde rambut yang terlekat. Eh, yeke ni.. iya, betul! Cik Rose rasa kombinasi dua produk ni berkesan dengan Cik Rose. Alhamdulillah. 

Kemudian, Cik Rose beli pula shampoo Follow Me yang Soft & Smooth. Untuk melembutkan rambut. Cik Rose pakai jenis ni pula sebab Cik Rose tengok rambut gugur dah berkurangan.  


Cik Rose berpuas hati dengan kedua-dua produk ni. Cik Rose nak berkongsi dengan semua yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Cik Rose. Tak salah untuk kita mencuba kan. Nak mencari produk yang serasi dengan kita ni susah. Sebenarnya banyak produk yang bagus-bagus, cuma itulah ada yang serasi dan ada yang tidak. Bukan semua sama. Sebab tu ada banyak pilihan produk yang dijual. Cubalah. Cik Rose dah jumpa yang sesuai. 


Hair serum (Minyak argan dan olive) dari Botaneco Garden tu memang best! Yang ini boleh pakai waktu rambut basah atau waktu rambut kering. Lepas pakai, rambut memang lembut dan mudah diuruskan. 

Ada yang tanya, Cik Rose tak pakai conditioner ke? Jujurnya sebelum ini, Cik Rose kalau beli shampoo memang akan beli satu set. Shampoo dan conditioner. Memang akan pakai. Tapi, kali ni Cik Rose tak pakai apa-apa conditioner yer. Cik Rose hanya pakai shampoo dan minyak tu je. Bila dah ada perubahan positif ni, Cik Rose nak kekalkan je. Tak naklah beli conditioner pula. Tak nak cari masalah. Hihi. Takut tak sesuai pula nanti. Dah elok perubahan ni, tak nak dah mencuba yang lain. 


Keguguran rambut ni memang merisaukan Cik Rose beberapa tahun kebelakangan ni. Cik Rose ada baca bahawa keguguran rambut adalah normal. Tapi, tengoklah kuantitinya kan. Cik Rose tahu bahawa keguguran rambut Cik Rose ni bukan yang biasa, kerana banyak. Merisaukan setiap kali sapu lantai ada rambut. Cik Rose ni jenis rambut yang tebal tau. Cik Rose perasan yang rambut makin menipis. Aduh sedih tau. Sebab tu Cik Rose cuba macam-macam shampoo. Tapi,  Cik Rose bukanlah jenis kejap tukar, kejap tukar.  Bukan pakai sekali dah tukar yang lain. Jangan salah faham yer. Cik Rose displin pakai shampoo dan tengok perubahannya. 

Buat yang masih tercari-cari shampoo yang baik untuk rambut, apa kata cuba rangkaian dari Follow Me, mana tahu sesuai. Harganya juga berpatutan. Tak salah mencuba ya. 

Moga ada perubahan yang positif. Dan moga entry ini bermanfaat. 

Post a Comment

2 Comments

  1. #1137 and im ur new followers here. salam kenal

    ReplyDelete
  2. Perempuan dan rambut gugur memang tak dapat pisahkan .penjagaan rambut , pemilihan smpoo yang sesuai untuk kulit kepala amat penting kan .

    ReplyDelete