Demam Kepialu (Tifoid). Assalamualaikum. Cik Rose terpanggil nak menulis tentang demam kepialu hari ini. Demam ni jarang disebut. Berbeza dengan demam denggi, di mana kita lebih mengetahui dengan jelas. Demam kepialu ni seakan terpinggir. Jika ditanya pada sesetengah orang yang berhampiran, rata-rata mereka tidak tahu bagaimana ia terjadi, apakah simptom-simptomnya dan bagaimana rawatannya. Justeru itu, Cik Rose ambil peluang yang ada untuk menjelaskan di sini. Cik Rose ambil maklumat ni dari laman web Bahagian Kesihatan. Cik Rose nytakan di bawah entry link tersebut ya. Terima kasih.
Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?
Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Cara-cara Demam Kepialu Merebak
- Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
- Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
- Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
- Menggunakan bekalan air tidak bersih.
- Demam panas berpanjangan
- Sembelit
- Sakit kepala
- Cirit birit
- Sakit perut
- Sakit badan / lemah / letih lesu
- Kurang selera makan
- Mata layu dan cengkung
- Tidak sedarkan diri dan meracau
- Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
- Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
- Premis makanan bersih
- Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
- Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
- Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
- Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
- Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
- Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
- Masak menggunakan air terawat
- Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
- Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
- Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
- Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
- Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
- Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
- Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.
- Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
- Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
- Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
Sama-sama ambil tahu dan jangan ambil mudah. Ambil langkah segera jika punyai simptom-simptom demam kepialu ni.
4 Comments
Risaukan , sekarang macam2 penyakit ada. Nak berubat kos mahal
ReplyDeleteJarang dgr demam ni berlaku tapi apa pun mmg kena ambil langkah dan jaga kebersihan. Moga terhindar dari demam mcm ni
ReplyDeleteDemam Kepialu ni bukan demam yang biasa kita dengar tetapi walaupun begitu kita tetap kena ambil tahu soal kebersihan dalam pengendalian mskanan sehwrian agar terhindar dari wabak demam kepialu ni
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info ni.. Kadang2 terlupa bab cara penyakit tu merebak.
ReplyDelete