Saturday, January 13, 2018

Beri Hadiah buat yang tersayang dengan Gift Set dari ENCHANTEUR



Beri hadiah buat yang tersayang dengan Gift Set dari ENCHANTEUR 

Assalamualaikum. Siapa yang tak suka menerima hadiah kan. Lagi-lagi suprise dari yang tersayang. Tak kisahlah dari suami, kawan baik, dan ahli keluarga. Bila tiba hari yang indah macam birthday atau anniversary, mesti kita terfikir nak beli apa ya sebagai hadiah. Jawapan yang biasa diterima adalah bunga, coklat dan kek. Helloooo, tak suprise dah kalau dah selalu sangat. Hihi. 





Apa kata berikan minyak wangi pula. Ubah kebiasaan kita. Mesti meleret senyuman si penerima. 

Korang nak tahu tak, pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.





Penerima pula akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. 


ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.
Serius, comel sangat saiznya. Memang nak selit dalam beg tangan tu tak jadi masalah! 



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 




Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


Cik Rose ni jenis yang suka wangian sweet-sweet fruity atau sweet-sweet like candy. Mestilah Belle Amour jadi pilihan. 


Tapi, bila dah bau haruman Mon Amie, eh sedaplah bau dia. Biar lama sikit, lagi wangi. 



Ada banyak pilihan gift set ni, korang boleh pilih yang mana jadi idaman hati. 
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


19 comments:

  1. Wah cute sangat...boleh berwangi-wangian lepas mandi di rumah ni... :)

    ReplyDelete
  2. Emi sentiasa ada koleksi wangian jenama enchanteur ni kat rumah hehe. wangiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. Rose selalu tukar-tukar.. tapi, macam dah jatuh hati dengan set ni. :)

      Delete
  3. sesuai sangat dijadikan hadiah kepada sesiapa yang sukakan perfume. dah la bekasnya comel .. kotak pun lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kotak dia lawa.. kalau tak balut pun tak apa kan :)

      Delete
  4. Bestnya dapat minyak wangi ni, suka baunya soft je buat hantaran pun Okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau Enchanteur memang sweet soft kan. tak adalah menyengat hidung...

      Delete
  5. Cantik la bekas dia..rasa nak cari la jugak set ni..

    ReplyDelete
  6. Minyak wangi Enchanteur memang sesuai dijadikan hadiah

    ReplyDelete
  7. Wow.. packing cntik.. mesti mewangiiii je klu pakai

    ReplyDelete
  8. Bestnya k.rose... Comel je kan..mmg sesuai bg gift kt orang..

    ReplyDelete
  9. Kalau dapat hadiah set perfume mcm ni, mmg best. Senyum smpai telingaa..😁

    ReplyDelete
  10. tu ribag ke tu?

    ReplyDelete
  11. bestkan wangian nie sayang nak guna hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat hadiah camni memang happy tak habisla heheh

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Perfume echanteur mmg wangi dan tahan lama. GV suka baunya. :)

    ReplyDelete