Thursday, 11 January 2018

GAMBAR BUNGA ORKID HUTAN DAN CARA PENJAGAANNYA

Assalamualaikum. Semua sedia maklum, aura untuk menanam dan menjaga pokok bunga dah meresap dalam jiwa Cik Rose beberapa bulan ini. Cik Rose bermula dengan Pokok Bunga Ros dan Pokok Bunga Daisy. Korang boleh ke Instagram Cik Rose, dan melihat di hashtag #minigardenCikRose


Kemudian disusuli dengan beberapa pokok bunga yang lain. Termasuklah bunga Orkid. Pemberian dari mak Cik Rose di Kedah. Gigih bawa sampai ke Batu Pahat. Alhamdulillah, terus subur dan mekar. Cik Rose akan kongsikan gambar-gambar bunga Orkid Cik Rose di lain entry ya. Kali ini nak fokus dengan Bunga Orkid Hutan. Pernah dengar tak?

Kat bawah ni pokok bunga orkid hutan mak mertua Cik Rose.


Nak dijadikan cerita, Cik Rose balik kampung pada bulan November lepas. Masa tu, mak mertua ada berikan anak pokok bunga Orkid Hutan ni. Masa tu kecik sahaja, ada beberapa helai daun dan tiada bunga. Pokok asal bunga Orkid mak mertua Cik Rose masa tu tengah galak berbunga. Amboi cantik sungguh. Cik Rose pun bawa balik ke Batu Pahat, dan terus Cik Rose salin ke pasu lain. Guna tanah organik lagi. hahaha. Macam kat bawah nilah keadaannya pokok tu masa baru dapat tu. Pasu yang tengah tu.


Bila dah salin pasu, apalagi Cik Rose letaklah baja kan. hihi. Tapi, sebelum tu, daun dia buruk tau. Maka, Cik Rose cabutlah daun-daun yang tak elok tu, last-last ada dua helai je tinggal. Aduuhhhh. Tapi, yang mengeembirakan Cik Rose, walau hanya ada dua helai daun, ia masih gigih untuk berbunga. Tengoklah gambar di bawah ni :


Gembiranya hati bukan main. Syukur! Sebab tu, kita pun jangan cepat mengalah bila diuji. Teruskan berusaha sehabis daya, hingga membuahkan hasil. Ecewahhh kan dah bermadah. 

Siapa sangka siapa menduga, ianya akan mekar dan cantik sebegini :


Kasi zoom sikit bunganya. Alhamdulillah.. 


Moga terus mekar dan hidup subur. Moga lepas ni akan ada tunas daun yang baru tumbuh. 

Penjagaan bunga orkid hutan ni mudah sahaja bagi Cik Rose. Ianya tak manja macam kita jaga bunga Ros. Ialah bunga Ros ni nak kena belai lebih sikit. Air lebih tak boleh, kurang tak boleh. Panas sangat tak nak, sejuk pun tak nak. Kena banyak eksperimen. Macam orkid hutan ni, bagi Cik Rose ianya kental sikit. Kaedah penyiraman macam biasa, kena matahari pun boleh. Baja pula Cik Rose campur-campur. hihi. Ada guna baja serbuk dan ada guna baja khas untuk orkid. 


Jomlah menanam bunga. Boleh menggembirakan hati dan menghilangkan stress. Cik Rose pagi-pagi dah tengok dan siram pokok-pokok Cik Rose. Seminggu sekali letak baja dan gembur-gembur tanah. Spray racun organik untuk serangga. Hai, seronoknya!

Sekarang Cik Rose dah insaf, tak nak beli dah pokok baru, nak tumpukan perhatian terhadap pokok-pokok yanga da ni jer. hihi. Yeke ni, boleh percaya ke. hihi.


Related Posts

GAMBAR BUNGA ORKID HUTAN DAN CARA PENJAGAANNYA
4/ 5
Oleh

18 comments

Tulis comments
avatar
11 January 2018 at 15:40

SA suka gak orked..pernah beli yang jual kat ikea tu..murah jer tapi tu la..orang curik plak...nanti nak start beli lagi la...

Reply
avatar
11 January 2018 at 16:55

rajinnya cik rose bercucuk tanam..:)

Reply
avatar
11 January 2018 at 20:58

Dekat rumah pun ada pn pokok orkid tp tak mati cuaca tak menantukan bukan senang nk jaga

Reply
avatar
el
11 January 2018 at 21:11

Pandai cik rose jaga...org kata tangan tu menjadi je buat hihi

Reply
avatar
11 January 2018 at 21:11

Wahh.. cantik gabungan warna orkid ni . Sekali berbunga cantik sangat

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:19

Alhamdulillah... menjadi bunga ..

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:19

Alhamdulillah, menjadi bunganya..

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:20

Sayangnya.... aduhai ade yang curi...

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:21

Memang tengah ada mood bunga beberapa bulan kebelakanga ni. Hihi

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:22

Betul... keadaan cuaca mempengaruhi pokok-pokok bunga ...

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:23

Try and error juga ni kak El. Hihihi

Reply
avatar
11 January 2018 at 23:24

Tulah..akak pun suka warna dia..

Reply
avatar
emi
12 January 2018 at 09:54

Eee klu mak emi tgk ni, mesti suka. dia mmg penggemar bunga dari dulu lg

Reply
avatar
12 January 2018 at 17:49

Wah suburnya bunga2 Cik Rose... Saya jangankan pokok bunga.. Pokok daun kari pun mati :D

Reply
avatar
12 January 2018 at 22:42

Cantiknya...akak minat tu mmang la minat tapi tangan ni tanam bunga kertas pun tak menjadi..hahaha..Tak cukup ilmu gamaknya...

Reply