Jalan-Jalan Melaka | Taman Rama - Rama & Reptilia, Melaka. Assalamualaikum. Ni bukan percutian baru Cik Rose. Sekitar Februari 2017. Cuma, Cik Rose baru berkesempatan nak menulis sekarang. Lama benar di simpan memori dalam draft. hihi.
Hampir setahun.
Ok, sedikit pengenalan tentang Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka :
Taman Rama - Rama dan Reptilia yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh telah dibuka kepada orang ramai sejak 1 Februari 1991. Taman Rama - Rama dan Reptilia ini adalah yang paling komprehensif didunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis serangga tempatan termasuk yang sukar di dapati seperti 'Raja Brooke' dan 'Birdwing'. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.
Masa Cik Rose pergi tu harga tiket untuk dewasa adalah RM22 dan kanak-kanak RM16 untuk yang berumur 3 tahun ke atas. Jika ada kad OKU, dapat diskaun 50% dan warga emas juga ada diskaunnya.Pada Cik Rose harganya mahal. Mana ada yang murah sekarang ni kan. hihi.
Cik Rose pergi berdua dengan suami masa tu. Kitorang gerak waktu pagi dari Batu Pahat. Dalam pukul 10 macam tu lah. Dan tiba di sana dalam tengahari. Memang dah set nak ke sini. So, keluar je dari highway Ayer Keroh terus menuju ke sini. Tak singgah mana-mana dah.
Di sini bukan sahaja ada rama-rama, ada juga pelbagai jenis haiwan reptilia. Sebab tu nama dia Taman Rama-Rama dan Reptilia. Jangan salah faham. hihi. Ada burung, buaya dan serangga lain.
Masa mula-mula masuk, korang akan nampak sangkar-sangkar burung dulu. Tempat-tempat macam ni memang suami Cik Rose sukalah. hihi. Beliau tak gemar jalan-jalan tempat yang macam mall atau yang bangunan-bangunan. Macam mana nak terangkan ek. Kalau aktiviti outdoor macam ni sukalah. Yang boleh berjalan-jalan atau pun tempat sejarah-sejarah. hihi.
Ok, jom tengok beberapa keping gambar yang sempat Cik Rose ambil di permulaan laluan masuk.
Cik Rose ada juga ambil video burung berkicau. Nanti Cik Rose share di akhir entry ya.
Di satu sudut, ada disediakan ruang bergambar dengan burung dan iguana. Tapi, berbayar jugak. Apalagi, terjebak kami suami isteri. hihi. Cik Rose akan guna ayat 'ala abang, bukan selalu'. hahaha. Maka, duduklah kami di kerusi menanti pekerja mereka meletakkan burung di bahu dan iguana di atas riba. Suami Cik Rose ok je. Cik Rose pulak yang gerun. hihi. Geli sebenarnya. Burung ok lagi, iguana tu Cik Rose takut. Siap cakap kat suami, kalau kena libas macam mana ni? . Adoii pengaruh drama sangat. Walau geli dan takut-takut, senyum tetap senyum. hikhik.
Selepas bergambar bagai tu, terus menuju ke pintu Taman Rama-Rama. Beginilah rupa pintunya.
Korang kena meneruskan perjalanan kalau dah masuk. Tak boleh main patah balik pulak. Bagi Cik Rose, tempat ni tak sesuai untuk orang tua atau yang sakit kaki. Kena banyak berjalan dalam ni.
Kat dalam ni pantang tengok apa-apa, semua Cik Rose nak ambil gambar. hihi. Maka, akan banykala gambar dalam entry ni ya. Itupun jenuh nak tapis ni.
Belimbing tu jangan di ambil pula. Kang termakan, naya. hihi.
Kat dalam ni memang rama-rama akan singgah dan hingga ke anggota badan kita. Jadi, bolehlah bersedia ambil gambar! hikhik.
Cik Rose tahu Cik Rose manis, tengoklah atas kepala Cik Rose ni. Bersusun! Menutup batu -batu tudung. Lawa jugak.
Di dinding-dinding pun banyak. Cik Rose ni bukan pakar rama-rama. Tapi kan, kat dalam ni, pada mata Cik Rose banyak kupu-kupu jer, Rama-rama sikit je. hahaha.
Sangkar berhias. Bolehlah buat-buat kenangan. Suami Cik Rose tegur, ni pun nak ambil gambar ke? hihi.
Banyak kan? Memang lembap je kawasan ni. Ada juga video yang Cik Rose ambil. Nanti Cik Rose tunjuk kat bawah entry ya.
Ok, dah selesai dalam Taman Rama-Rama tu, kita menuju ke kolam ikan. Laluan kecil yang mendamaikan. Sejuk je rasa dengan pokok-pokok besar di sekeliling. Kalau tak ramai pengunjung, Cik Rose takut sikit. Hihi. Nasib baik ramai masa ni. Maklumlah hari cuti hujung minggu.
Suami Cik Rose feeling-feeling nak bagi ikan makan. Maka, tertipulah ikan-ikan ni. Sebab sangkakan ada makanan, rupanya hulur tangan kosong je. Gaya mesti ada katanya!
Cik Rose pun feeling juga atas jambatan tu. Menanti putera datang! Hahaha.
Geram je Cik Rose tengok ikan-ikan ni. Kalaulah ada rezeki buat rumah di kampung-kampung, memang akan disuarakan untuk buat kolam mini untuk Cik Rose. Tak salah punya impian kan.
Ala, macam kesian pulak tengok ikan-ikan ni nganga mulut. Tapi, kitorang memang tak bawak makanan.
Banyakkan ikan-ikan kat sini.
Tengah feeling-feeling menyanyi :
Wahai bondaku...bondaku si ikan kaloi,
Timbullah bonda oi..timbullah tunjukkan diri,
Nasi melukut dengan sayur keladi,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk bondaku di pagi hari,
Wahai bonda ibu kandungku
Selepas melalui kawasan kolam ikan ni, ada papan tanda di bawah menunjukkan arah. Ha, ada taman ular, ada kampung buaya, arnab dan lain-lain.
Tengok buaya tu. Aih tengah nganga! Lapar ke mengantuk ni?
Seterusnya taman ular pula. Ada beberapa keping gambar yang sempat Cik Rose ambil. Bukan Nagin tau. Aduh pengaruh drama!
Kemudian kami tengok Emu Ranch. Jenuh Cik Rose google dulu apa Emu Ranh ni tau. hahaha. Tak tahu, bertanya. Nanti sesat jalan. Hihi.
Besar kan telur Burung Emu.
Kemudian, kami menuju ke Taman Rama-Rama II. Indoor. Lebih kepada rama-rama yang telah di awet. Cantik warna-warnanya :
Berbagai-bagai jenis yang ada kan :
Dalam ni gelap.. Suara pun bergema jadinya.
Macam-macam jenis yang ada dengan pelbagai nama. Jenuh nak mengingat.
Di penghujung sekali ada kedai cenderahati. Cik Rose tak beli apapun. Mulanya tertarik dengan rama-rama yang di awet. Ada juga dijual. Tapi, harganya memang mahallah kan. Unik. Tapi, bila fikir-fikir balik, tak jadi beli. hikhik.
Sekian perjalanan kami dalam Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka. Untuk pertama kali pergi ni, oklah pada Cik Rose berbaloi. Tapi, untuk ulang pergi, tak kot. Sebab Cik Rose mudah jemu tengok benda yang sama. Nak pergi tempat yang belum pernah pergi pula.
Pendapat Cik Rose, kalau pergi dalam keluarga kecil, ok. Cumanya terasa berat jika pergi dalam satu keluarga yang besar sebab harga tiket yang tinggi.
Saksikan video ringkas yang Cik Rose sempat ambil di sana ya. Ala video kicauan burung, rama-rama berterbangan dan ikan berenang-renang je. hikhik.
Dan lagi satu nasihat Cik Rose, kalau nak jalan-jalan sekitar Melaka, jangan pergi hari cuti hujung minggu, cuti sekolah dan semua cuti yang ada. Hihi. Nanti jalan jammed dan perjalanan memakan masa yang panjang. Lebih baik pergi hari biasa, melainkan kalau korang memang suka menempuh kesesakan jalan raya. Hikhik.
13 Comments
ingat kan cikrose ada di melaka skang.
ReplyDeleterupa nyer throwback.
aida sekali ajer gi tmn rama2 ni tau.
few years back.
tak byk la berubah ekk.
iguana tu besar! kalau aida, takde la nak bergambo gitu!!! serrrrrammmmm!
seronok kalau dapat bawa anak2 pergi tempat2 mcm ni...bila anak2 dh besar..tempat lain jadi pilihan diaorg..hehe
ReplyDeleteZaza dah pergi.. Berlambak2 rama2 mcm2 warna..siap ada yg btengek dkt tgn hehe.. Haiwan lain pun ada jgk kan..
ReplyDeleteseronok kalau bawa anak-anak pergi taman rama-rama... 2 tahun lepas dila pergi taman rama-rama kat pulau pinang....
ReplyDeletebestnya .dh lama xpergi..last pergi masa umur rendah..hihi... Bolehlah ajak ank buah ke sini tgk rama2 cantik..
ReplyDeleteSaya Suka dengar burung berkicau, rasa tenang
ReplyDeleteSally tak pernah tau pasal ni..Ingat kat KL je ada taman burung..means taman yg simpan khazanah serangga, binatang semua ni..tapi betul la harga dia agak terasa..macam nak masuk Aquaria..senakkk kalau nak cover satu family...papepun kadang-kadang mmg best tgk binatang..terapi jugak..tgk keindahan ciptaan Allah :)
ReplyDeleteerrr.. tak geli geleman ke iguana atas riba tu .. huhuhu.. tb suka gak tempat2 macam ni tapi dah kahwin ni nak jalan2 macam terhad je
ReplyDeleteMenarik. Ada pelbagai haiwan kat sana yer? Dah lama tak pergi taman rama-rama.
ReplyDeleteSssekali pergi tmpt begini best.. dpt tenangkan diri
ReplyDeleteLast akak pergi masa sekolah rendah.. Lama tak lama kan. Dulu mungkin jauh beza dgn skrg.. Kalau nak bawak anak anak jenuh la
ReplyDeleterupanya ada taman rama2 kt situ. tk pernah tau ....
ReplyDeleteMenyenangkan sekali bisa jalan-jalan di Malaka apalagi di taman rama-rama pokonya gak akan menyesal datang ke Malaka.
ReplyDelete