Assalamualaikum. Cerita makan di Restoran KyoChon. Sebenarnya dah lama pergi makan. Tahun lepas ni, masa tu pergi dengan kakak, adik dan anak sedara Cik Rose. Gambar ni pun duduk je diam-diam dalam draf, Cik Rose tak publish lagi.
Kenapa tiba-tiba ada semangat nak keluarkan entry ni? Ni semua gara-gara Kim Jong Kook. Eh kenapa dengan Kim Jong Kook? Entah, tiba-tiba dia muncul dalam mimpi Cik Rose malam tadi. Bukan dengan ahli Running Man yang lain dan juga bukan dengan dengan team Turbo. Bersendirian je. Boleh pula jumpa di suatu tempat macam ala-ala desa gitu. Cik Rose minta ambil gambar lagi dalam mimpi tu. Aduh pengaruh Korea sangat tau.
Ok, kembali ke cerita asal.
Restoran KyoChon.
Masa kitorang ke Pulau Pinang, Gurney Plaza. Masa tu dok tanya-tanya nak makan mana. Semua macam tak ada idea, akhirnya adik Cik Rose cadangkan tempat ni. Dia memang tahu je kedai-kedai makan yang best. Cik Rose pertama kali makan di restoran makanan Korea. Tengok menu pun tak tahu nak pilih apa, sebab tak pernah makan. Tak tahu macam mana rasanya. Setelah dibantu oleh adik, kami pilih menu yang berbeza setiap orang. Hikhik.
Korang boleh tengok menu di bawah ni untuk lebih jelas :
Bila tengok drama Korea, bila part scene dorang makan tu, aduhai Cik Rose suka! Berselera je dorang makan. Semua nampak sedap. Nak-nak kalau ayam goreng tu. Bukan ayam goreng biasa. Ada perisa tertentu.
Dek kerana terpengaruh dengan scene makan drama Korea, Cik Rose order juga ayam. Pilih yang pedas, tak nak kalah. Haha. Yakin je boleh mengatasi tahap kepedasan yang ada. Dan tanpa melengahkan masa, terus order Red Pepper series! Tadaaa, pilihan Cik Rose :
Review Cik Rose : Rasanya memang sedap, tapi pedas! Cik Rose yang suka pedas pun rasa mengalah dengan tahap kepedasannya tau. Tapi, dek kerana sedap, makan juga walau berair mata. Ke Cik Rose dah tak sekental dulu ni? Hikhik. Sedap dan kalau pergi lagi, Cik Rose akan repeat order.
Adik Cik Rose pula, order Honey Series. Yang ni sedap tau. Manis-manis sedap. Bukanlah manis air tu, just manis-manis madu. Hihi. Tapi, ada campuran bahan tertentu, yang menjadikan rasanya unik dan membuatkan kita nak ulang makan, hingga tak sedar pinggan dah kosong! Sedap, sampai Cik Rose tak sedar tersalah ambil ayam di pinggan adik. Hihi.
Ini pula pilihan kakak Cik Rose iaitu Salsal Series. Apa tu? Macam jejari ayam yang disalut bijirin beras. Yang ni sedap, ayam tak ada tulang katakan. Laju ja mengunyah!
Bila dah order ayam, order pula nasi. Kitorang pilih Chicken Fried Rice yang dihidangkan bersama telur. Nampak je kecil, tapi banyak dan mengenyangkan. Makan seorang tak habis masa tu, kena share. Bawah dia ada cheese, sebab tu rasa cepat kenyang. Beras dia pun lain kan, bukan macam kita makan hari-hari tu. Cik Rose kongsi dengan anak sedara masa ni. Betul-betul kenyang!
Air pula, Cik Rose pilih Mango . Yang lain pilih mineral water. Dorang tak minum air manis. Cik Rose je masih belum insaf. Hikhik.
Untuk orang yang tak pernah cuba makanan Korea macam Cik Rose ni, Cik Rose rasa macam nak pergi lagi. Hihi. Sedaplah ayam dia.
Sebelum makan, kita akan diberikan tisu basah dan sarung tangan plastik. Apalagi, memang pakailah sarung tangan tu. Dek kerana teruja makan dan mengunyah, tak sempat ambil gambar masa tengah makan. Sempat ambil gambar makanan je. Hihi.
Kalau nak mencuba sesuatu yang lain, korang bolehlah singgah ke Restoran KyoChon. Asyik makan makanan melayu dan fast food je , sesekali cuba pula makanan luar. Harga berpatutan dan servis pun terbaik.
Di sini Cik Rose sertakan alamat Restoran KyoChon yang kitorang pergi tu :
G Hotel – Penang
Lot-G-03A, Ground Floor,
168A Persiaran Gurney, George Town,
10250 Pulau Pinang.
Ok itu sahaja untuk kali ni. Selamat menjamu mata dan selera. Hikhik.
*apa maksud mimpi malam tu ya? Hahahha..
13 Comments
Wah menyelerakan la... Restoran ni mmg halal kan k.ros? Kt penang jauhnya.. Tp xpe leh standby gi cuti kt sana nnti mai sini.. Hihi
ReplyDeleteomg kyochon. Emi belum pernah try lagi, tapi memang teringin sangat2 sbb ramai cakap sedap.
ReplyDeletetula suka tengok diorg makan..kalau tgok drama korea tu..dengan kita2 pun terliur..mmg duk cari kedai makanan korea..ni dah ada..boleh p cuba
ReplyDeleteSedapnya ros. Nampak menyelerakan.. Sedap ni
ReplyDeleteSemua nampak best ni. Mangkuk diorang mmg besar. Nasik banyak. Lama shad xmkn mknn Korea. Last pun masa g Korea tahun 2013 dulu. Bibimbab sedapp.. nnti boleh singgah restoran kyochon ni kalau lalu Penang..
ReplyDeletetengok korea makan terliur nak makan... nampak sedap makanan kat restoran tu.... lama x makan makanan korea, selalu duk makan sushi orng jual jer tu la..
ReplyDeletesedapnye che ros..kene pi try jugak ni
ReplyDeleteNasib baik la kat Pulau Pinang.. kalau tak.. TB dah terjah dah .. teringin gak nak rasa masakan korea.. tak pernah makan lagi.. huhu
ReplyDeleteJarang makan makanan korea..kalau masuk mesti pening nak pilih ape
ReplyDeleteNampak sedap, tapi risau x boleh mask tekak.
ReplyDeleteSedap kan? Sally mmg favorite makan kyochon..salsal & honey series mmg fav...selalu makan wing...x suka drummets..
ReplyDeleteSuka style side dish cmni.. huhu.. pi penang kena try
ReplyDeleteDah pernah makan dulu masa dekat KL. Housemate bawa balik hehe memang sedap walaupun pedas!
ReplyDelete