Jangan risau apa yang belum kamu miliki

Assalamualaikum. 
Jam menunjukkan pukul 12.10 malam waktu Cik Rose menulis. Sedang rancangan Running Man ditayangkan di saluran Astro 393, dan diselangi dengan bunyi dentuman mercun.

Mata tak rasa mahu dilelapkan lagi. Sebab tu Cik Rose ambil keputusan menulis sesuatu. Agak lama tak bermadah di blog sendiri. Hihi. 

Terjumpa satu gambar seperti di bawah melalui perkongsian rakan facebook. 


Jangan risaukan apa yang belum kamu miliki, tetapi risaukanlah apa yang masih belum kamu syukuri’. 
Sedikit terbalik ayat di gambar tu kan. Jadi Cik Rose betulkan ikut pemahaman sendiri. 

Ada benarnya. Kita ni terlalu melihat apa yang kita tak ada. Kita selalu memerhati apa yang orang lain ada. Hingga kita terlupa dengan apa yang ada dalam genggaman kita. 

Kenapa melihat hak orang hingga kita juga nak memilikinya? Sedang apa yang kita ada itu jauh lebih baik dari itu. Kita yang tak sedar sebenarnya. Tak menghargainya. 

Moga Cik Rose dapat perbaiki diri sendiri dan melihat diri dalam sudut positif. Maklumlah tiada yang sempurna dalam dunia ini, tapi setidak-tidaknya kita berusaha menjadi lebih baik. 

Teruskan melangkah ikut daya kita. Usah terlalu mengejar bayang mereka yang telah laju ke hadapan hingga memudaratkan diri sendiri. 

*dalam bergurau senda jangan keterlaluan.  Fikir sebelum berbicara. Jika kita tak dapat menerima bayangan gurauan orang lain, usah kita memulakan gurauan berkasih dahulu. 

Hahaha ayat bermadah di tengah malam, kau dah kenapa ni Cik Rose. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Apa sahaja yang kita miliki syukuri....sentiasa...

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah. Allah tahu waktu yang tepat untuk hambaNya

    ReplyDelete
  3. Betul tak perlu risau.satu hari nanti pasti akan jd milik kita juga

    ReplyDelete
  4. Benar, pasti akan jd milik kita...namun akan pergi jua, karna slamanya bkn milik kita :')

    ReplyDelete
  5. betul!! bersyukurlah dengan apa yang kita ada

    ReplyDelete