Assalamualaikum.
Cerita jalan-jalan ke dua buah negeri, lebih tepat cerita perjalanan 2 hari 1 malam. Akisahnya, lepas tamat operasi, suami dapat cuti beberapa hari. Plan asal nak balik kampung, namun terpaksa diubah dek kekangan tugas beliau.
Jadi, suami dan rakan-rakan plan jalan-jalan sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Oleh kerana memang tak plan awal, jadi memang tak ada booking hotel ke ape ke. Semua main redah. Dan yang paling best, dalam kereta baru decided nak pergi mana. Hihi.
Kami bergerak pagi Jumaat. Ada 3 keluarga semuanya, yakni 3 keretalah. Konvoi dari Batu Pahat terus melalui lebuhraya utara selatan untuk ke Negeri Sembilan.
Di mana destinasi pertama,? Kami menuju ke Nilai 3. Saja cuci-cuci mata. Rambangnya mata ni tengok segala baju, tudung, karpet. Tapi, berjaya kawal nafsu. Tak beli pun karpet. Cik Rose beli jubah dan tudung sahaja.
Selesai di Nilai 3, terus bergerak ke Port Dickson. Ya, itu tujuan utama sebenarnya. Nak ke Muzium Tentera Darat. Ini kali kedua buat Cik Rose.
Kami sampai dalam pukul 3 rasanya. Cuaca memang panas membahang. Macam biasa, sampai sana bergambarlah kami. Sambil si anak-anak melihat sejarah. Teruja ke tidak, tak pasti pulak Cik Rose. Hihi.
Keretapi ni, tahun lepas Cik Rose datang masih boleh naik. Kali ni datang dah tak boleh naik di bahagian tangganya.
Helikopter. Cik Rose memang suka tempat-tempat bersejarah macam ni!
Handphone memang tak berpisah dari genggaman. Ada ja gambar yang nak di ambil.
Alala. Cik Rose tak nak lepaskan peluang bergambar. Hihi.
Layannn..
Ok, ni buku pelawat Muzium. Cik Rose ambil kesempatan menulis nama.
Bergambar kenangan tiga sekeluarga.
Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi, cukup kot untuk cerita di Port Dickson ni.
Lepas tu, kami terus bergerak ke kedai makan. Minum petang katanya. Ke kedai yang femes juga di port Dickson, yang ada cendol, coconut shake. Alamak lupa pula nama kedainya. Cik Rose makan nasi putih dan daging salai masak lemak. Sodapnya! Gambar lupa nak snap, dek kerana melayan perut yang lapar. Hihi.
Lepas tu kitorang terus bergerak ke pantai berhampiran. Just jalan-jalan je sebab panas. Budak-budak pun tak mandi.
Bincang punya bincang, kami ambil keputusan bermalam di Port Dickson jer. Nak tidur mana ni? Banyak hotel yang ada. Akhirnya kami memilih Hotel Sri Malaysia. RM158 semalam termasuk sarapan pagi. Bila tanya ada tak goverment rate, mereka kata dah habis kuota. Emmm..
Keadaan dalam bilik:
Dua katil single. Tak ape, malam nanti kita rapatkan katil tu.
Lepas makan, lepak pantai sekejap, dan terus balik hotel tidur.
Esoknya terus bergerak menuju ke Melaka. Jalan-jalan Bandar Melaka. Tak banyak gambar yang Cik Rose ambil. Entah ek, dah kenapa tak ada sangat gambar di Melaka. Mood bergambar tu tak muncul agaknya. Hahaha.
Petang dalam pukul 6 tu, gerak balik. Tak ikut highway PLUS. Kami ikut jalan lama, Melaka-Muar-Batu Pahat.
Alhamdulillah sekitar jam 9 sampai rumah.
Perjalanan yang singkat dan diisi dengan aktiviti yang menenangkan selama 2 hari 1 malam. Insyaallah ada rezeki kita jalan-jalan lagi.
14 Comments
kadang tuuu plan ad-hoc lagi best...xyah nak decide g mana..teruskan je perjalanan sampai jumpa destinasi..asalkan kita dapat spend masa bersama :D
ReplyDeletebestnye. dah lama x pegi short vacay
ReplyDeletebestnya bercuti..:)
ReplyDeleteWahhh seronoknya rose.dah lama akak tak pergi PD
ReplyDeletehappy holiday.... family hour...
ReplyDeleteTeringinnya nak bercuti jugak.. tengok orang pi sana sini terasa macam nakngak merasa.. huhuhu..
ReplyDeletePd memang best kan kak.. Hrtu pergi pantai pd meriah gila org.. Syok sgt.. Melaka agk lama jg tak berjalan2.. Cntik2 tgk pic kak ni
ReplyDeletePd memang best kan kak.. Hrtu pergi pantai pd meriah gila org.. Syok sgt.. Melaka agk lama jg tak berjalan2.. Cntik2 tgk pic kak ni
ReplyDeleteHappy holiday kak... seronok berjalan bersama tersayanggg ... Dila pun pernah pergi negeri sembilan & Melaka 2 hari 1 malam je... Melaka banyak temat best2 kan...
ReplyDeleteKak Sue pun selalu juga bercuti tak plan macam nie Cik Rose.. best juga tau.. hehehe..
ReplyDeleteSamalah dengan saya nak bergambar je smpai memori full
ReplyDeleteWalau singkat tapi penuh dengan aktiviti. Kak ana pula tumpang seronok baca trip 2h1m cik rose ni.
ReplyDeletebestnya dapat jalan-jalan..kita dah lama tak jalan-jalan ni..p negeri sembilan pun dh jarang ni..hahaa
ReplyDeleteWow menarik.. Nanti nak juga jalan2 explore Negeri Sembilan macam ni
ReplyDelete