Assalamualaikum. Bukan mudah nak mendapatkan pekerjaan sekarang ni. Bukan sahaja graduan baru, malah ada yang telah menamatkan pengajian beberapa tahun pun sukar mendapat pekerjaan. Bukan kerana tidak layak, tapi kerana persaingan yang tinggi dan juga bidang tugas yang tidak sama mendorong mereka tidak mendapat panggilan kerja.
Bukan kerana memilih pekerjaan juga. Cik Rose faham, ada yang dilabel sebagai terlalu memilih. Namun, bukan semua. Ada yang bersungguh mahu bekerja, namun tiada peluang. Semuanya berbalik soal rezeki kan.
Ada banyak kelebihan bekerja di Singapura ni, Cik Rose senaraikan empat sahaja dulu.
Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar. Ya, tiga kali ganda. Gaji yang dibayar juga setimpal dengan kerja yang kita lakukan.
4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!
1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. :)
4. Sah & Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah! Anda tidak
digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di
Singapura.
· MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa
mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di
galakkan untuk bekerja di Singapura.
· TIDAK SABAR & TIDAK TAHAN TEKANAN. Bekerja di Singapura
memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Jika anda seorang yang tidak
penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja
di Singapura tidak sesuai untuk anda.
· TIDAK MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka
buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di
Singapura.
· BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau
hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan
ke luar negara. Maka anda juga tidak boleh bekerja di Singapura.
· BERUMUR LEBIH DARI 58 TAHUN. Ini adalah peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak Ministry Of Manpower , Singapura (MOM) , rakyat Malaysia
yang baru hendak memohon kerja di Singapura mestilah berumur tidak lebih dari
58 tahun.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke :
6 Comments
thnk you for the info
ReplyDeletewow menarikla cik rose..kene mohon permit kerja ke cik ros
ReplyDeleteMenarik panduan ni siapa yang ingin kerja di singapore harus ada panduan ni
ReplyDeleteBagus panduan ni untuk yg nk bekerja kat sana.. Biasa orang laki lah berani sikit nak keje luar sana..
ReplyDeleteMemang untung kerja di singapore sbb gaji di sana memang besar.bayangkan gajinuntung tukang sapu di sana lebih tinggi drp gaji kita di sini yg berpangkat
ReplyDeleteRamai orang kita kerja kat sana sekarang tapi nak dapatkan kerja tu susah sikit. Nasib baik ada panduan ni..
ReplyDelete