Monday, February 26, 2018

Senang ke belajar menjahit ni?



Assalamualaikum.
Senang ke belajar menjahit ni? Ataupun susah nak menjahit? Persoalan yang sering bermain di minda Cik Rose.

Seronok tengok orang yang pandai menjahit ni. Boleh jahit macam-macam baju yang cantik untuk diri sendiri. Ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Cik Rose sendiri minat, tapi tak tahulah ada bakat atau tidak. 

Cik Rose ni nak guna mesin jahit pun tak reti tau. Ada keinginan nak beli mesin jahit. Hampir-hampir nak beli last year, tapi tak jadi. 

Ok, hari Sabtu lepas, Cik Rose ada join aktiviti BAKAT. Korang maklumkan yang Cik Rose isteri tentera. 

Ada aktiviti  belajar menjahit bersama Datin Rubiah Bte Leman (isteri kepada Datuk Dr Hj Mohd Puad Bin Zarkashi). 

Aktiviti dijalankan seawal jam 8.30 pagi. Cik Rose tak bawak pula alatan menjahit. Aduhh duhh macam mana nak belajar ni. Rata-rata yang datang bawa alatannya macam kertas, tali pengukur, pembaris dan lain-lain. 


Pertama sekali, kami diajar cara mengambil ukuran badan. Memang jelas penerangan oleh Datin. Baru Cik Rose tahu macam mana ukur bahu, ketiak, dan lain-lain. Ilmu yang sangat berguna.

Kami diminta mengukur rakan dan mencatitkan ukurannya. Apalagi, sesi ukur -mengukurpun berjalan. 


Setelah selesai, jom belajar buat pola. Alamak, entah kenapa Cik Rose rasa rumit pula. Cik Rose memang ada ambil nota. Tapi lebih baik kita buat sendiri juga, jangan mengharapkan nota semata. 


Ahli-ahli tak lepaskan peluang bertanyakan soalan. Ramai yang tahu asas menjahit rupanya!


Kusyuk mendengar penerangan. Aih kena dengar baik-baik. Nanti nak lukis pola sendiri pulak. 


Setelah siap pola, jom kita gunting kain. Hari tu kami belajar buat baju maxi. Tengok Datin lukis pola dan gunting kain, macam senang je. Hakikatnya susah bagi Cik Rose.

Tak ambil pula gambar, almaklum tengah kusyuk. Hihi. Setelah itu, aktiviti diteruskan lagi dengan menjahit. 

Kat bawah ni, Datin ajar cara buat leher tu. 


Tadaaaa dah siap! Baju maxi. Bila tengok hasilnya, cantiknya. 


Cantikkan? Dah jadi baju. Senangnya. Nampaknya Cik Rose kena hadiri lagi kelas jahitan. Masih banyak yang belum Cik Rose tahu. 
Masa yang singkat macam ni, sukar Cik Rose nak tangkap satu-satu. Maklumlah Cik Rose memang tak ada asas jahitan baju. 

Masih belum terlambat nak belajar. Sebenarnya tak ada satu perkara pun yang terlambat buat diri kita. Jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tak belajar. 


Sekian cerita hari minggu Cik Rose. 

32 comments:

  1. kak shaz baru nak bjinak2 dgn jahit menjahit ni.. dah booking class.. lepas bsalin baru class start.. InSyaa Allah

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/hotel-idaman-pada-harga-terendah-di.html

    ReplyDelete
  2. Kalau ada minat semua boleh jadi kenyataan rose. Lagi satu kalau dah terdesak hehe

    ReplyDelete
  3. Best !! ada la jugak impian nak belajar menjahit ..orang kata tak susah tapi apapun kena berguru kan..nanti kalau dah belajar Sal up entri ..

    ReplyDelete
  4. Akak kalau bab menjahit tau jahitan kia dan jahitan insnag pari.bab jahit baju akak fail sebab tak minat akak lebih minat membaking

    ReplyDelete
  5. Zaza tgk mcm susah hehe sbb tak reti. Tapi kalau org yg bljr mst rasa sng.. Tp tgk jgk la baju jnis apa nk jahit kan.. Suka tgk org pandai jahit.. Mcm2 bju blh buat

    ReplyDelete
  6. Dulu masa sekolah ada subjek kemahiran hidup - ERT. Kalau bab menjahit, memang failed sebab tak minat

    ReplyDelete
  7. Bagus betul yang terer menjahit ni. Saya memang tak minat menjahit. Arwah mama saya memang pandai menjahit. Part pandai menjahit tu tak turun kat anak. Hehe. Memang untung oh....especially musim raya. Idak la kena ketuk dengan tailor. Banyak boleh jimat kalau jahit sendiri.

    ReplyDelete
  8. Walupon x minat dan xtahu menjhit, tp once dh masuk kelas menjahit, automatically terus tahu nak menjhit. Mcm kakak sy. Pandai dah dia buat sepasang baju kurung utk diri dia sendiri

    ReplyDelete
  9. Seronoknye belajar menjahit. But I paling benci sebab mata dah tak nampak na msukkan benang dalam jarum.

    ReplyDelete
  10. Cantik ,kos belajar jait ni mahal kalau nak belajar jgn sekerat jln sayang ilmu kena amalkan

    ReplyDelete
  11. paling x suka menjahit..macam takde chemistry ngan SA, suruh la belajar memang tak bleh masuk punya...

    ReplyDelete
  12. Seronok tgk org terror menjahit jadi inspirasi. Ntah bila la boleh terbuka hati nak belajar menjahit secara serius huhu

    ReplyDelete
  13. mmg nmpak mudah ye cik rose, ye jgk bt maxi mudah sbb 1 kain je jnji ada ukuran atau pola nya ikut je pastu jahit... tp klu yg mmg keras tgn mcm akak, nk jht lurus pun senget benget mmg take time rasanya...

    ReplyDelete
  14. nak belajar memang senang tapi kerajinan dan passion perlu ada, takut nan ti bila dah belajar menjahit tak dipraktikkan lama-lama tak ada mood dah nak menjahit..

    ReplyDelete
  15. bestnye pandai menjahit..sy pernah gak try sis..tapi..huhuhuhu xnkkkk

    ReplyDelete
  16. Kinah pun macam cik rose juga. Senang ke menjahit ni sebab tengok orang menjahit ni nampak mudah je. Tapi bila kinah try senget benget la huhu. Takpe practice makes perfect

    ReplyDelete
  17. TB pun suka menjahit tapi TB ni tak penyabar orangnya..haha.. kalah benang tersangkut TB dah jadi hijau.. wahahaha

    ReplyDelete
  18. Mak ain pun tukang jahit Dulu penah lah teringin nak belajar tp lepas dah try sendiri terus give up. Haha takdak dalam darah langsung! hehe

    ReplyDelete
  19. Kadang² Sally fikir...yg menjahit ni kena sabar & kena ade bakat kot...Sally pernah belajar buat baju kurung & shawl..tp kalau xde teman mmg x jadi..haha

    ReplyDelete
  20. Sewing need a lot of patience and interest. I have no skill in sewing.

    ReplyDelete
  21. Ada keinginan nak belajar menjahit. Tapi I memang fail dalam menjahit. hehhe Kalau simple2 boleh lah kut kalau baju koyak. hhehe

    ReplyDelete
  22. i really love sewing and i miss my mom so much when she taught me this. sewing aint difficult as long as we have passion

    Racheal

    ReplyDelete
  23. Akak masa memuda dulu belajar jahit baju tapi tak menjadi, bila dah berusia terjebak ngan proses baikpulih sofa, self taught terus jadi bisnes , menjadi pulak tukang jahit sofa, Alhamdulillah

     Jom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan

    ReplyDelete
  24. Kalau nak belajar menjahit ni kena ada minat. Tapi best kalau pandai menjahit ni. Boleh buat pendapatan sampingan. Upah menjahit pon sekarang dah mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt betol fiza. baju kurung anak-anak dara aida rm38.
      aduhai. kalau raya, beratus byr upah jahit aje.

      Delete
  25. JAhit kecik2 repair situ sini blh la saya..nak jahit baju mmg tak blh la hehhe...tgk org jahit mcm best je ..tp sendiri rasa malas nak belajar hahhaha

    ReplyDelete
  26. Rasanya nak menjahit ni kena ada minat kot. Sis dulu ada jugak belajar tapi agaknya sebab x berapa minat so berenti hehehe. Tapi seronok tengok orang pandai jahit baju cecantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aida setuju.
      minat tu wajib ada.
      baru bersemangat tuntut ilmu.

      Delete
  27. Menjait mmng best cik rose. Kita ni mak mmng mnjait. Tp ank nya mlas². Adoiyai. Rugi kn.

    ReplyDelete
  28. menjahit baju yang koyak tu reti la. buat baju tak reti hahahaha... mak lisa reti.. sebab hobi dia. dlu time lisa sekolah. baju lisa mak yang buat

    ReplyDelete
  29. first time memang macam tu kot.. lama2 nanti pro la jadinya =)

    ReplyDelete
  30. wah. tahniah cikrose.
    belajar menjahit ni byk guna nya utk kita.
    boleh tambah income :)

    ReplyDelete