Tips Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Flawless dengan Snow Crystal dari Elldora



Tips Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Flawless dengan Snow Crystal dari Elldora. Assalamualaikum. Hai! Kulit yang cantik berseri, flawless, glowing, siapa yang tak nak kan. Semua orang nak tak kira perempuan mahupun lelaki! 

Bukan senang nak dapatkan kulit yang flawless tau. Penggunaan penjagaan wajah yang betul tu amat penting untuk dapatkan kulit wajah yang bersih. Tapi, biasalah kita ni. Lepas kulit bersih, mesti nak up ke satu level lagi. Hihi. Kalau boleh nak wajah bersih dari pertumbuhan jerawat dan nak juga kulit yang flawless. 

Takkan nak bermake up 24 jam kan. Lemas pulak rasa. Nak juga tampil berkeyakinan dengan make up yang nipis jer. Make up juga, jangan cakap korang tak make up. Mesti ada make up juga sikit-sikit. 

Ok kat sini Cik Rose kongsikan berberapa tips mudah macam mana nak dapatkan kulit yang flawless. 

1. Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel dan kulit mati. Ya, skrub muka ni penting tau. Kalau korang konsisten lakukan skrib muka ikut aturan yang betul, emm bukan je kulit wajah tu bersih, tapi cantik berseri-seri tau. Kena rajinlah lakukan rutin tu. 

2.  Minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan pulak korang minum air manis bergelas-gelas tapi tak minum air putih. No no no. Air putih ni penting. Bukan je untuk tubuh badan, malah untuk keserian kulit wajah. Contoh terdekat, adik Cik Rose. Konsisten minum air putih dan hadkan pengambilan air manis, kulit dia bertambah cerah! Cik Rose jelesssss. Hihihi. 


3. Gunalah produk penjagaan wajah yang benar-benar sesuai dengan kulit kita. Jangan terpengaruh dengan iklan atau saranan kawan-kawan. Hihi. Kulit kita ni berbeza-beza kondisinya. Kena tahu apa masalah kulit kita, dan cari penyelesaiaannya. Jangan ambil mudah tentamg produk penjagaan wajah kita. Takut-takut ada kesan sampingan nanti. 

4. Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari. Serius, yang ini Cik Rose baru tahu. Tak pernah lagi Cik Rose cuba urut wajah. Takut salah teknik. Hihi.

Banyak lagi tips sebenarnya. Cik Rose kongsikan yang senang jer untuk dipraktikkan. Hihi. Di samping praktikkan tips di atas, ada cara mudah untuk memdapatkan kulit cantik berseri ni. Memulihkan dari dalam. Dengan mengambil makanan tambahan. 

Jadi, kali ni Cik Rose nak berkongsilah apa yang Cik Rose amalkan sekarang. Jeng jeng jeng. 

Snow Crystal dari Elldora.


Eh apa pula Snow Crystal ni? Produk apa ni? Itulah persoalan yang bermain di minda Cik Rose sewaktu diperkenalkan dengan Snow Crsytal ni.


Snow Crystal ni  mempunyai 22 bahan yang hebat dan semulajadi. Bahan yang terkandung juga mempunyai sistem perlindungan yang hebat kepada kulit dan memberikan pencerahan 2 kali ganda. Tengoklah bahan-bahannya macam gambar di bawah ni. 


Cik Rose dengan yakinnya berselfie masa buat cermin mata baru-baru ni. Perasan tak macam ada bintik kecil di kawasan dahi tu? 


Lepas tu lah, Cik Rose cuba makan Snow Crystal ni. Target utama nak kulit wajah yang bersih, licin dan berseri. Amboi, tak nak kalah kan!

Cara makan dia senang ja. Sebab berbentuk tablet kan. Cuma perlu kunyah jer. Korang jangan bagi alasan susah pula. Snow crystal ni lah paling mudah. Tak payah nak bancuh ke ape ke. Buka, terus ambil masuk mulut, kunyah. Dah siap! 

Aturan makan, boleh ambil 2 biji pagi dan malam. Macam Cik Rose, cuma ambil sebiji pagi dan sebiji malam. Itupun dah bawa kesan positif pada kondisi kulit Cik Rose ni.


Rasa Snow Crystal ni macam mana? Rasa laici. Sedap tau. Jangan pulak korang makan banyak sangat dalam satu masa. Sebab sedap, leka pula dok makan macam makan gula-gula. Eh jangan macam tu ya. 


Antara kelebihan jika korang mengamalkan  Snow Crystal ni adalah :
✅ Mencerahkan kulit dari dalaman
✅ Mengurangkan jerawat
✅ Melembabkan kulit.
✅ Memudarkan parut
✅ Menutup liang pori.
✅ Mengurangkan kulit yang berminyak
✅ Mengurangkan pigmentasi
✅ Menegangkan kulit , awet muda.
✅ Memutihkan kulit seluruh badan dan wajah
✅ Mercerahkan Lingkaran bawah mata


Muka happy jer selepas mengamalkan Snow Crystal. Hihi. Kengkawan satu office pun pakat cuba. Benda baik haruslah dikongsi bersama kan. Biar sama-sama cantik gitu.

Apa yang Cik Rose rasa lepas amalkan Snow Crystal ni? Cik Rose perasan, kulit dah tak kering sangat. Cik Rose berkerja dalam pejabat yang berhawa dingin. Umum tahu kan, penghawa dingin ni boleh buat kulit kita kering kalau terlalu lama. Perubahan ni yang Cik Rose perasan dulu lepas ambil Snow Crystal ni. 


Lepas tu jerawat malu nak tumbuh. Biasalah kita wanita, kadang-kadang jerawat tumbuh di satu-satu masa tertentu. Tapi, kali ni jerawat tak timbul. Cik Rose perasan sebelum ni tiap bulan jerawat tumbuh di bawah hidung dan atas kening. Kali ni, tak ada pula jerawat tu. Happynya rasa. 

Kulit rasa lembap dan licin jer. Aih gembira hati ni tau.  Sebab tu rasa nak teruskan pengambilan Snow Crystal ni. Dah jumpa yang serasi, baik teruskan. 


Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, korang boleh rujuk : 

Hotline : 019-2271077


Post a Comment

19 Comments

  1. Wah, nak cuba jugaklah.. kulit kita jenis kering.. suka ada produk yg boleh melembapkan wajah ni.

    ReplyDelete
  2. Sy selalu amalkan tips no 2 tu. Ye mmg kulit kita perlukan supplement tambahan. Nk jugaklah cuba produk nie

    ReplyDelete
  3. Menarik juga produk ni. Khasiat dari bahan2 yang bagus di dalam 1 produk. Menutup liang pori tu best la so that takde la blackhead kat muka pulak....

    ReplyDelete
  4. Menarik produk ni.. mmg kulit kita sebenarnya perlu ada supplimen tambahan mcm ni utk kekal sihat, bertenaga dan nampak sentiasa berseri. Thanks sharing info ni.

    ReplyDelete
  5. Produk baru? sesuai untuk guys tak?
    Hehehe

    ReplyDelete
  6. It's always a girl's dream to have flawless, smooth skin but it takes a few steps to achieve and with the help of supplements I think it is even better.

    ReplyDelete
  7. Akak memang suka SC ni...Sejak amalkan nampak lah kulit muka makin cerah dan flawless..cuma bekas bekas jerawat je nak hilang...tunggulah dua tiga bulan amalkan mesti best

    ReplyDelete
  8. Sally tak kisah sangat pasal flawless muka tapi kalau muka nmpk bersih tu mmg Sally suka..takde parut cela sana sini kan...nampak helokkkk je lepas kak Rose amalkan..keep it up! :D

    ReplyDelete
  9. smua perempuan pasti nk kulit cerah & glowing...oh rasanya laici sure sedap tu ..tk pernh lg mkn supplement tambahan sbb susah skit bab2 nk mkn ni hehe

    ReplyDelete
  10. Supplement tambahan mmg perlu buat semua wanita yang mementingkan kecantikkan muka...nampak best la product..nak plak perisa berries ngan lychee..mesti sedap

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka point no.2 selain amalkan juga yg lain.. perbaik8 dalaman

    ReplyDelete
  12. banyak kelebihan rupanya amik suplemen ni. paling penting wajah kekal awet muda, dan kurang masalah penuaan seperti jeragat dsbnya

    ReplyDelete
  13. Hilma seriously dah takut nak amik supplement utk beauty ni sbb dulu penah amik satu product ni..abes satu muka naik jerawat..beribu duit abes utk settlekan masalah tu..siap jumpa Dr Ko lagi..masihnigat lagi nighmare tu huhu..hopefully product ni tak bg mslh mcm tu la kan

    ReplyDelete
  14. wah snow crystal ? nampak macam produk yang boleh bantu rawat masalah liang pori I yang gedang gedang ni, tapi I masih dalam proses bareessential usage sebab i rasa produk tu macam so far boleh masuk ngan kulit I... lets see if i got some time I would like to try this snow crystal..

    ReplyDelete
  15. kalau nak kulit cantik memang kena minum banyak air dan ambil vitamin yang sesuai
    airah memang suka bab kecantikan ni lepasni boleh la cuba snow crystal pula.

    ReplyDelete
  16. saya setuju sgt point ombor dua tu. makan la apa pun tapi kalau tak amalkan minum air masak mmg tak akan ke mana. hhehe

    ReplyDelete
  17. I am attracted by the product as it contain natural ingredients which I think is safe for our skin. Can see after result as our skin more brighter and fairer.

    ReplyDelete
  18. Wow! this is a new brand to me and I have not try yet. But the results look good and impressive too.

    ReplyDelete