Assalamualaikum.
9 Mei 2018 diumumkan sebagai cuti umum. Atau cuti kelepasan am tambahan. Sempena hari membuang undi pilihan raya yang ke 14.
Semua sedia maklum tarikh pengundian yang jatuh pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari Rabu. Tarikh penamaan calon adalah pada 28 April 2018. Manakala tarikh undi awal adalah pada 5 Mei 2018.
Apabila tarikh pengundian diumumkan, macam-macam pendapat dan cerita yang keluar mengenainya. Cik Rose tak nak ulas apa-apa, cuma nak bagitahu satu jer. 9 Mei tu special. Sebab apa? Sebab 9 Mei merupakan hari ulangtahun kelahiran Cik Rose. Hihi.
Nak menganjak lagi usia Cik Rose pada tanggal 9 Mei. Sempat Cik Rose kongsikan di laman fb Cik Rose. Hihi. Takde alasan lagi lupa tarikh birthday Cik Rose. Jangan lupa bagi hadiah. Hahaha.
Apapun, selamat mengundi bagi yang sudah layak dan yang berdaftar. Jangan lepaskan tanggungjawab anda. Satu undi adalah penting. Ia boleh jadi penentu sesebuah kemenangan atau kekalahan.
Berfikir secara rasional dan jangan ikut hati. Eh juga jangan ikut kawan. Fikirlah untuk diri anda dan masa depan negara.
Ecewahhhh..
Kali ini, Cik Rose akan undi awal iaitu pada 5 Mei. Sebab Cik Rose isteri tentera. Kami akan membuang undi awal sedikit.
Sempat rakan Cik Rose berseloroh yang soalan bocorlah nanti. Sebab Cik Rose dah tahu soalan dan pilihan jawapan yang ada. Hahaha. Tapi. Sorry ya. Tak boleh meniru, nanti cikgu marah. Hikhik.
Mengundi ni adalah tanggungjawab, bukan untuk orang yang minat politik sahaja. Cik Rose tak sependapat dengan pendapat orang bahawa mereka tak minat politik. Malas ambil tahu tentang politik.
Eh jangan macam tu. Minat tak minat, belakang kira. Yang penting adalah laksanakan tanggungjawab anda dahulu sebagai rakyat Malaysia. Kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang sama dan kitalah yang patut dipersoalkan terhadap apa yang berlaku pada negara kita.
Save the date.
9 Mei 2018. Hari pengundian. Dan birthday Cik Rose. Rasa bahagia bila cuti dengan seluruh rakyat Malaysia sempena birthday sendiri. Hihi. Rasa diraikan pula. Eh korang... jangan sambut birthday Cik Rose besar-besaran. Cik Rose tak biasalah. Hahahaha.
Marilah kita pergi mengundi.
1 Comments
wah... untung lah :)
ReplyDelete