Monday, 30 April 2018

KEHANGATAN PRU14 : PARLIMEN BATU PAHAT, JOHOR

SUMBER : SINAR HARIAN

Assalamualaikum. Demam pilihanraya dah bermula. Sana sini orang bercerita tentang pilihanraya. Namun, jangan sampai bermasam muka, dan bergaduh. Adatlah jika kita berlainan pendapat, namun jangan sampai memakan diri dan memusnahkan silaturrahim. 

Cik Rose ingin berkongsi tentang Batu Pahat, Johor. Insyaallah, bakal mengundi di sini. Menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PKR dan Gagasan Sejahtera.
Calon BN Parlimen Batu Pahat, Haliza Abdullah menentang calon  PKR, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan calon Gagasan Sejatera, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

pssst perasan tak Cik Rose tukar template blog baru? hihi. Saja buat perubahan, setelah template lama gagal menyerlah dan mencapai piawaian yang Cik Rose tetapkan. 

Sesekali kena buat perubahan, jangan kekal di takuk lama sahaja.
Kita tengok pula pencapaian template ni nanti. 

Eh, Cik Rose baru perasan yang agak lama tak updated entry. Hampir seminggu. Maklumlah kesibukan melanda. Sibuk apa tu? Insyaallah Cik Rose ceritakan di entry seterusnya nanti. 




Related Posts

KEHANGATAN PRU14 : PARLIMEN BATU PAHAT, JOHOR
4/ 5
Oleh

1 comments:

Tulis comments
avatar
30 April 2018 at 15:38

Selamat mengundi.
Buatlah pilihan yang tepat

Reply