Saturday, February 20, 2021

SINOPSIS DRAMA MR GREY DI ASTRO

Sinopsis Drama Mr Grey di Astro Ria



SINOPSIS MR. GREY

Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. 

Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?


WATAK PELAKON 

Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalmah
Gambit Saifullah sebagai Mr Red (Reid Kamal)
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain
Rahim Jailani sebagai Tok Grey
Kamal Bakar sebagai Tuan Syed Hamis
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah

Sana sini orang bercerita tentang drama Mr Grey. Cik Rose pun tak terlepas untuk menonton. Suka dengan lakonan Eyra Hazali. Loghat utara dia tu best! hihi. 

Drama ni pun tak berat, santai-santai jer kan. Boleh diterima setiap lapisan masyarakat. Amboi, ayat dah macam ayat promo. 

Saja Cik Rose kongsikan sinopsis drama Mr Grey ni, agar tak ketinggalan dari arus semasa. haha.

3 comments:

  1. aida folo juga citer ni.
    tapi tak tgk mlm tau.
    aida tgk kul 10 pagi, ulangan :)
    ok ok la. hero pelakon baru. boleh la.

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka tengok drama ni

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Rose..
    Kita tak pernah tgk drama ni.
    Memang last tgk drama yang Syurga Yang Kedua tu je, pastu takde lagi follow memana drama..
    Macam best aje citenya ni ..

    ReplyDelete