Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf di RTM1

Assalamualaikum. 
Semalam, Cik Rose ada tengok instagram Sheila Rusly. Eh ada drama baru lakonan beliau! Tertarik juga dengan barisan pelakon drama ni. Drama bertajuk Isteri Untuk Diiktiraf. 


Tengok promonya di instagram macam best jer. Lakonan Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Lepas tu ada juga pelakon-pelakon lain seperti Janna Nick dan Dayana Roza. Waktu siaran adalah setiap hari, jam 7 di RTM1. 


WATAK PELAKON 
Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
Elvina Mohamad sebagai Safiyya
Janna Nick sebagai Ana Julia
Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna
Shah Jaszle sebagai Tengku Wafie
Azar Azmi sebagai Haryanti
Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
Arash Mohd sebagai Tan Sri Tengku Hairie
Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah
Tengku Zara sebagai Tengku Tania
Roslan Saleh sebagai Tok Aki
Ariff Aziz sebagai Rafiq

Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf
Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminyacitu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

No comments:

Powered by Blogger.