Saling menghargai dan saling mengingati

Assalamualaikum. 

Dalam meniti hari, terkadang kita alpa. Terlalu leka dengan hal duniawi yang sememangnya hanya sementara.

Kerana terlalu selesa berjalan dan berlari, kita berasa amat sakit apabila terjatuh. 

Kerana itu, kita perlu saling ingat mengingati. Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Dengan niat yang baik dan positif.

Bukan menegur dengan niat yang serong atau mahu menunjuk-nunjuk sahaja. Tutur bicara perlu di susun agar tidak menyinggung satu sama lain.

Maaf. Bila dah terlalu lama berdiam dan bersabar, hati jadi sedikit sakit. Sakit untuk mendengar tiap bait bicara. Seringkali perasaan diguris. Bergurau? Oh maaf. Bukan itu standard bergurau. Bergurau ada hadnya. Mohon lihat situasi, tempat dan masa. Jangan main terjah. 

Apabila tak mampu menerima dan juga tidak mampu membalas, apa yang perlu dilakukan adalah hadkan jarak. Wujudkan sediit jarak agar tidak selalu berhubung. Dengan itu, hati lebih terjaga. 

*****

Layankan emosi malam... bermonolog sendirian.

Tatkala menulis ni, ingatan menjurus kepada seseorang. 

Mira ~ adik praktikal di tempat kerja Cik Rose. 
Walau hanya seketika, cukup mengisi ruang memori dan memberi pembelajaran. Sentiasa bersangka baik dan rapi tutur bicaranya. Dalam kata-kata terselit nasihat.


Ya, will miss you. 

Terima kasih untuk ingatan sepanjang perkenalan. Dan terima kasih juga untuk pemberian di atas. Nota ringkas yang cukup untuk buat hati Cik Rose tersentuh.


Moga terus berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan. Moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 

~ ~ ~ ~

Allah hadirkan seseorang untuk menyedarkan kita dari lamunan. Juga untuk menguji diri kita. Terpulang bagaimana pembawakan kita. 


Post a Comment

1 Comments

  1. bergaul dengan orang yang positif, akan membantu kita menjadi lebih positif..insya'Allah

    ReplyDelete