Terjebak Viral Tudung Bawal Satin Crepe

Assalamualaikum. 

Tudung bawal satin crepe. Ada yang memang pakai? Atau ada yang tak tahu tentang kewujudan bawal satin crepe? 

Asalnya, Cik Rose tak tahu pun adanya bawal satin crepe. Yang ada tebukan corak di keliling tudung. 

Cik Rose jalan-jalan bazar raya Batu Pahat. Atau nama glemernya BP Walk. Eh kenapa ramai yang jual tuding ni? Tengah viral ke ni? Kenapa Cik Rose tak tahu ni. Hahahaa.

Untuk tak mahu ketinggalan, Cik Rose pun beli sehelai, warna purple mauve. Seakan-akan purple grey.  Harganya RM20. Adik yang jual tu kata senang pakai ni, terletak je dan beralun lembut. 


Cik Rose meneruskan perjalanan. Ke gerai lain pula. Eh mata terpaku melihat warna pink belacan. Apalagi, bei pulak lagi satu. Kali ni beli juga dengan semburan lilin. Bagi senang terbentuk lagi. Harganya juga RM20.

Dah pakai pun pergi kerja. Cik Rose berpuas hati dengan hasilnya. Hihi.

Beberapa hari lepas, Cik Rose ke bazar raya Parit Sulong pulak. Meriah tempatnya. 

Eh eh ada lagi tudung bawal satin crepe. Ada promosi 3 helai RM50. Oh oh singgah dulu. Niat nak cuci mata. Banyak sangat tone warna yang ada. 

Kali ni ada dua jenis. Ada yang satin crepe dan satu lagi glitter. Eh macam tergoda dengan yang glitter. Mata ni asyiklah pandang pink purple. 

Nasib baik Cik Rose tersedar dan berfikiran waras. Lantas, Cik Rose memilih warna lain. Pilihan Cik Rose malam tu adalam royal blue, mint green dan merah. 



Jadinya koleksi setakat ni 5.helai. Ok, stop membeli. Pakai dulu apa yang ada ni. 

Tudung ni kejap benar perjalanan arusnya. Hari ni jenis lain. Munggu depan dah lain. Hihi. 


~~Pssstt korang dah beli ke tudung raya? 

Post a Comment

5 Comments

  1. Tak tahulah sempat beli tudung raya atau tak ni hikhik

    ReplyDelete
  2. sebelum ni tudung crepe je.satin crepe macam cik rose beli ni tak perasan pulak.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. cantiknye...xpernah cuba lgi ni....

    ReplyDelete
  4. Senang nk pakai yek cik rose... akak risau jg ssh nk pakai... mls jadinya... skrg ni akak berbalik kepada bawal biasa hehehhe... tak perlu ariani yg ratus2... beli bawal rm10 je hehehhe

    ReplyDelete