Cik Rose Ke Bangkok ? Jeng jeng jeng.
Eh yeke. Ok, Cik Rose nak tanya ni siapa kat sini suka
travel keluar Malaysia? Maklumlah bila dah habis jalan-jalan dalam negara,
mesti ada hasrat nak berjalan ke luar negara pulak kan. Jauh perjalanan, luas
pandangan kata orang. Wahh mesti excited kan bila nampak passport ada banyak
cop? Ada bajet lebih dan banyak cuti untuk pergi jalan-jalan mengelilingi? Ada
impian nak ambil selfie bebanyak kat tempat-tempat menarik di luar sana? Suka
experience something new and exotic? Kalau korang cakap ya kat semua ni, emmm
korang memang kena teruskan pembacaan apa yang nak Cik Rose coretkan.
Lagi pulak, sekarang banyak betul dah offer tiket flight
murah-murah, rasa geram je nak book trip kan. Offer sana, offer sini. Hai, mana
tahan! Nak berbelanja, kenalah bijak kan. Beli time ada offer, baru jimat! Tapi
kan, kalau fikir balik, tak payah pergi jauh sangat pun takpe, negara-negara
jiran kita ni pun ada banyak tempat menarik. Maksud Cik Rose sekitar Asia
Tenggara ni. Kalau korang belum ada plan lagi untuk next trip korang, meh nak
promote sikit Bangkok dekat korang! Kot, kot lah berminat nak pergi ke kan.
Jangan cakap Cik Rose tak payung. Hihi.
Kita start dengan
cerita sikit pasal Bangkok yer. Siapa yang tak tahu lagi, Bangkok ni merupakan
ibu negara Thailand , kira macam kita Kuala Lumpur / Putrajaya lah
kat Malaysia ni. Bangkok ni jugak bandar paling padat kat Thailand. Kalau
tengok pada bancian yang dijalankan masa tahun 2010, terdapat lebih daripada 14
juta orang duduk kat Bangkok ni. Banyak tu, dah macam separuh penduduk Malaysia
dah.
SEJARAH
Bangkok ni jugak ada sejarah yang kaya. Asalnya sebuah
kampung di tebing barat Sungai Chao Praya pada abad ke-15, Raja Taksin kemudian
menubuhkan ibu negaranya di situ sebelum Raja Rama I memindahkan ibu negara ke
Pulau Rattanakosin yang berhampiran. Semenjak itulah kegiatan ekonomi di
sekitarnya mula berkembang pesat dengan aktiviti dagangan dengan China dan
kemudiannya dengan negara-negara Barat. Bangkok juga turut menjadi pusat
pemodenan Thailand dan memacu seluruh Thailand ke era baru pada masa kini. Hai
korang jangan boring pulak Cik Rose cerita pasal sejarah kan. Kita kena ambil
tahu juga. Eh sebenarnya kan, best tau kalau kita tahu sejarah sesebuah tempat.
PELANCONGAN
Dari segi pelancongan pula, Bangkok sememangnya mesra
dengan pelancong, apatah lagi pelancongan merupakan antara aktiviti ekonomi
utama di sini. Memandangkan Bangkok adalah pusat pentadbiran dan ibu negara
Thailand, terdapat banyak tarikan pelancongan di sekitar bandar metropolitan
ini serta tempat-tempat menarik di sekitar bandar yang kita boleh try explore
sendiri.
Antara tarikan
pelancongan yang famous adalah the Grand Palace yang merupakan
kompleks diraja yang juga dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium.
Dahulunya merupakan kediaman rasmi diraja sejak tahun 1782, jadi bila korang
datang kat sini, mesti terpegun dengan seni bina dan ukiran bangunan dia yang
memang cantik dan tersendiri.
Selain tu ada Khaosan
Road dan Chatuchak Market, untuk korang yang suka shopping dan
jalan-jalan dekat dengan orang ramai. Ada banyak benda yang boleh kita tengok
dekat market ni. Dan jugak kita boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang.
Bolehlah beli untuk ahli keluarga dan kawan-kawan kan. Lagi satu, boleh juga
pergi di mall macam Siam Paragon. Selalu sangat pergi mall kat Malaysia, kita
try pulak pergi tengok mall kat negara orang kan? Apa yang sama, dan apa yang
berbeza. Hihi. Part ni Cik Rose suka, window shopping!
Selain tu , oleh kerana Thailand ni mengamalkan Buddha sebagai agama rasmi, tak hairan la kalau ada banyak tokong atau wat dan jugak beberapa tokong atau wat Buddha yang terkenal. Ia dibuka kepada pengunjung seperti Wat Pho yang merupakan tokong yang tertua seumpamanya di Bangkok, Wat Arun yang didedikasikan kepada Perang Siam-Burma dan juga Wat Traimit dengan patung Buddha emas yang ada cerita tersendiri.
Last but not least,
boleh pergi ke Dusit Zoo yang merupakan zoo tertua di Thailand, Samutprakarn
Crocodile Farm & Zoo, yang merupakan taman buaya terbesar di dunia dengan
60 ribu ekor buaya (tu dia,banyaknya!) daripada pelbagai spesis serta Sungai
Chao Praya, nadi bandaraya Bangkok. Bolehlah menikmati pemandangan sungai dan
juga bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Best apa kan.
Tengok,
banyak kan tempat yang boleh kita pergi kat Bangkok? Semuanya terasa fresh dan
menarik untuk diteroka! Sememangnya dijamin pengalaman bercuti di Bangkok akan
menjadi pengalaman indah dan menarik yang sukar dilupakan. Jadi usah bertangguh
lagi, kalau lambat nanti korang yang rugi. Korang tengok je website traveloka
ataupun app kat smartphone, lepastu bolehlah tengok-tengok promotion dan offer
terkini sambil planpercutian korang ke Bangkok. Semestinya
fly from Kuala Lumpur to Bangkok with Traveloka
2 Comments
Bangkok !! Ok juga tu rose..
ReplyDeletesepupu suka sangat pi Bangkok. laki bini tu tetiap tahun nak pi Bangkok. eheh..
ReplyDeletemakanan sana sedap katanya =)