Assalamualaikum.
Sebelum ini Cik Rose dah tulis satu entry khas untuk anak saudara bongsu iaitu Arif. Ulangtahun kelahirannya pada 22 Jun.
Terasa tidak adil pula jika tak buat entry khas untuk anak-anak saudara yang lain. Hihi.
Cik Rose ni ada 6 anak saudara. 4 lelaki dan 2 perempuan. Namun, seorang anak saudara perempuan telah meninggal dunia.
Ok, kembali ke tujuan asal menulis entry ni.
Birthday Mahdi pada 30 Jun, sama dengan Koci. Nel pula pada 1 Julai. Memang Cik Rose guna nama manja ja semua ya.
Untuk anak-anak saudara mak ude, moga membesar dengan sihat, belajar rajin-rajin dan menjadi anak yang baik. Mak ude sayang semua.
Entry pendek je hari ni ya. Tak nak feeling-feeling. Hihi.
Alang-alang tu, rupanya power mata Cik Rose naik pulak. Patutla asyik sakit di bahagian kepala, mata kebelakangan ni. Dah buat cermin mata baru.
Cumanya agak terkilan dengan layanan oleh pembantu kedai di kedai cermin mata ini. Sangat mengecewakan. Untuk pergi lagi? Memang tidak akan!
Cik Rose pun tak tahu kenapa boleh pergi kedai ni dan bertahan untuk buat kat sini. Suami Cik Rose pun pelik. Selalunya kalau layanan tidak elok atau nak tak nak, memang Cik Rose akan keluar dari kedai. Ini, malam tu Cik Rose terus buat. Adalah tu hikmahnya.
1 Comments
if that happens to me, ray takkan masuk dah kedai tu. kita customer bukan masuk free-free kita akan bayar kot. so why layan customer mcm tu. I would be so disappointed.
ReplyDelete