Pernahkah kau bermimpi... seketika berada di tempatku.. membayangkan pahit manis berlalu... tak siapa yang tahu... mungkin nanti kau juga... merasakan berdepan dengan kata.. menyesakkan, takkan tugumu kebal... tiada pertimbangan..:

Opsss ternyanyi..

Begitulah jika dibuai perasaan. Tatkala hati pedih... Tak mampu diluahkan. Tak terdaya nak membalas. Lalu dibiarkan saja bersarang di lubuk hati. 

Tiba suatu saat, seakan tak tertanggung. Maka, meletuslah ia!




Lama tak menulis. 

Permulaaan menulis sahaja dah terbawa dek emosi. Apakan daya. Cik Rose hanya insan biasa. Yang tak lari mempunyai rasa itu.

Setiap dari kita ada hadnya. Jangan terus-terusan diuji dengan serangan emosi. Cubalah fahami. Sudah cukup. Tak minta untuk dirasai, tak pinta untuk mengetahui sakitnya. Ya, cukup dengan hanya fahami sahaja. 

Janganlah selalu memainkan emosi orang lain. Bimbang diri sendiri menggelupur saat dilontar kembali.


Ok, jaga kesihatan ya semua. Sekarang cuaca panas tau. Mak ayah dan anak-anak sedara Cik Rose dah demam tu. Minum air masak banyak-banyak yer.