REVIEW Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi. Assalamualaikum. Sebut sahaja Sendayu Tinggi, mesti ramai yang tahu kan. Dah sedia terkenal produk tempatan ni.
Sendayu Tinggi boleh di beli di kedainya, daripada stokis-stokis atau ejen-ejen. Eh sekarang dah tak perlu risau, sebab di Watsons pun ada dijual produk Sendayu Tinggi ni.
Cik Rose sendiri dah lama dengar jenama Sendayu Tinggi sebelum ni. Tapi, jujurnya tak pernah guna apa-apa produk dari Sendayu Tinggi. Sehinggalah Cik Rose terjebak dengan kak Yatie Sendayu Tinggi. Hahaha.
Satu hari, tertengok tutorial simple make up dari beliau. Eh seronok pula dengar beliau berceloteh. Make up pula bukan yang jenis heavy. Tak semua majlis kita perlu make up heavy kan. Dan tak semua orang pandai make up. Jadi, tutorial dari Kak Yatie ni amatlah berguna buat Cik Rose.
Hari-hari mesti buka instagram kak Yatie. Hihi. Hinggalah hati ni dah terpaut nak mencuba Pearl Cream. Eh tapi bukan mudah nak dapatkannya tau. Banyak dugaannya sebelum Cik Rose berjaya memilikinya. Hihi.
Oleh kerana Cik Rose takde kenal mana-mana ahli Sendayu Tinggi, maka Cik Rose cuba ikhtiar cari sendiri. Cik Rose juga bukan penyabar nak tunggu barang sampai kalau order online. Hahaha. Maka, penyelesaiannya, cari di Watsons. Beberapa kali Cik Rose ke Watsons mencari Pearl Cream, tapi hasilnya mengecewakan.. sold out! Out of stock!
Hinggalah satu hari, Cik Rose dapat beli di Watsons Jalan Rahmat, Batu Pahat. Gembira hati bukan kepalang. Harganya dalam RM32.++ di Watsons.
Apalagi, Cik Rose updated di instagramlah kan :
Nak tahu tak, Cik Rose teruja bila kak Yatie sendiri meninggalkan komen di gambar Cik Rose! Terima kasih Kak Yatie. Hihi.
Pearl Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Dan ianya tak ada kod warna. Sesuai je dengan semua. Boleh pakai selepas korang pakai krim pelembab muka.
Macam Cik Rose, mula-mulakan cuci muka, toner, serum, krim pelembab. Lepas tu, Cik Rose pakai Pearl Cream ni. Dan letak loose powder jer. Dah tak pakai foundation atau compact powder. Ala simple-simple jer, untuk ‘every day look’ gitu. Hihi.
Kalau ada majlis tertentu, baru kita make up lebih sikit kan. Hihi.
Korang boleh tengok rupa Pearl Cream ni. Dia ala-ala stick juga, bukanlah cair gitu. Letak je di seluruh wajah sikit-sikit, kemudian ratakan ke seluruh wajah, guna jari jer.
Korang akan nampak perbezaannya tau. Elok je di muka. Tak kering atau tak berminyaklah. Tapi, kalau kulit jenis kering, wajib pakai pelembap dahulu supaya senang diratakan. Dan kalau kulit jenis berminyak pula, pastikan koranh ratakan betul-betul dan pakai juga compact powder sikit untuk berikankeaan matte di wajah.
Tadaaa, kasi zoom sikit :
Memang Pearl Cream ni ada tertulis whitening. Tapi bukan kesan whitening serta merta macam produk yang banyak di luar tu. No no no.Kalau korang displin pakai hari-hari, akan nampaklah perbezaannya.
Ia juga menghilangkan jeragat. Ini kawan Cik Rose sendiri yang cakap. Beliau dah pakai dalam 6 bulan gitu. Patutlah muka beliau bersih ja! Cantik.
Kak Yatie sendiri pun cakap, ia memudarkan parut jeragat di wajah.
Cik Rose pakai setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cik Rose ada baca, ada pengguna Pearl Cream ni pakai sebelum tidur juga. Dan berkesan untuk beliau. Cik Rose tak pakai pula waktu malam, sebab sebelum tidur dah pakai serum. Hihi.
Cik Rose pakai, Cik Rose kongsi.
Bukan saja-saja nak kongsikan di sini, tapi memang best tau. Tu yang nak coretkan di blog sendiri. Rasa sayang pula kalau tak kongsikan dengan pembaca kebaikan Pearl Cream ni.
Produk laku keras ni. Restock je habis!
Eh korang tengok bekas Pearl Cream ni kecilkan. Tapi, percayalah tahan lama. Sebab kita pakai sikit je kan. Cik Rose dah pakai dalam dua minggu macam tu.
Memang puas hati. Awatlah tak jumpa awal sikit. Hihi. Jimat. Pakai Pearl Cream lepas tu pakai loose powder jer. Kalau Cik Rose tak pakai Pearl Cream, kenalah pakai cc cream dan compact powder atau foundation dan loose powder.
Pakai Pearl Cream ni sebelum pergi kerja, sampi tengahari elok lagi kesannya di wajah kita. Hihi.
Cik Rose dah jatuh cinta. Moga kekal setia dengan Pearl Cream dari Sendayu Tinggi ni.
13 Comments
Fuyooo macam best ja. Syira kulit kering. Rasa macam sesuai ja.
ReplyDeleteantara product tempatan yang dipercayai. dulu pakai juga sabun buku warna oren x ingat da nama dia.. time sek men senang nak potong kecik2 hehe..
ReplyDeletekite pakai foundation dia yang warna pink tuu. bestttt. pearl cream ni belum cuba lagi..
ReplyDeleteOo nti nk try jugak..fd ngan bb cream k.el dh habis..nti nk serbu watson hiji
ReplyDeleteBetul ,kadang zira pun jenis tak sabar cari sendri je
ReplyDeleteSelalu jgk tgok tuto kak yatie tu dan skrg CR guna doll skin foundation.
ReplyDeleteIngt nak tukar yg ni pulak, tpi sini pun pyh nak ada stok..huu
kita tak guna lagi ni cmne..hahaha.. syg gila nk guna.. xpe..lps review 1 produk ni bru guna.. xnk cmpur2 dlu... tp rmi bg feedbaxk bgus kan..kesan dia bkn 7hari or 2weeks dh berhasil tp mkn mse gk .
ReplyDeleteI pernah dengar brand ini tapi tak pernah try their prouduct, this cream is like foundation ke?
ReplyDeleteselalu dgr org dok pkai produk ni. tapi mcm kita ni mmng jnis x reti sikit nak menepek krim sngt. lagi lagi tak kerja. kalau x, blh cari juga.
ReplyDeletesendayu tinggi antara product feveret sy..hehe..skincare dgn makeup bagus. sesuai dgn sy..BB cushion dia mmg terbaik
ReplyDeleteKannnn....
DeleteSalam. Baru beli produk ni. Tp bila belek2 tgk made in taiwan. So adakah produk ni selamat ? Boleh tolong confirm x pn.. sbb sy dah beli
ReplyDeleteSalam. Sis mg pakai krim ni dh 2 bekas..mg in 💕 sb sejak ada krim ni mg tak pakai foundation dah..natural je. Lgpun krim ni utk merawat bkn mcm foundation tk elok pakai hari2. #JustSharing
ReplyDelete