Saturday, September 29, 2018

Mengenali tanda-tanda awal kanser rahim (Uterine Cancer)

Mengenali tanda-tanda awal kanser rahim (Uterine Cancer)

Kanser rahim adalah kanser yang paling biasa terjadi dalam bagi sistem reproduktif wanita. Ia adalah tumor “malignant” yang bermula daripada sel-sel rahim. “Malignant” bermakna ia boleh menyerang, atau tumbuh membesar, dan memusnahkan tisu berdekatan. Ia juga boleh merebak, atau “metastasize”, ke bahagian lain pada badan.

Sel-sel dalam rahim kadang-kadang berubah dan tidak lagi tumbuh atau bertindak secara normal. Perubahan ini boleh membawa kepada keadaan “non-cancerous”atau “benign”, seperti endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan tumor bukan kanser seperti fibroid dalam rahim.

Perubahan kepada sel-sel dalam rahim juga boleh menyebabkan keadaan prakanser. Ini bermakna bahawa sel-sel yang tidak normal masih belum menjadi kanser, tetapi ada kemungkinan ia berubah menjadi kanser jika tidak dirawat. Keadaan prakanser rahim yang paling biasa terjadi adalah “atypical endometrial hyperplasia”. Dalam sesetengah kes, perubahan sel dalam rahim boleh menyebabkan kanser.


Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah:

  • Perubahan dalam keseimbangan hormon wanita dalam badan - Ovari anda menghasilkan dua hormon wanita yang utama - estrogen dan progesteron. Perubahan dalam keseimbangan hormon ini boleh menyebabkan perubahan dalam rahim.

  • Awal “menarche” - Datang haid pada usia awal - sebelum usia 12 - atau menopause pada usia yang lewat meningkatkan risiko kanser rahim. Lebih lama tempoh haid yang anda alami, lebih lama rahim anda terdedah kepada estrogen.

  • Tidak pernah hamil - Wanita yang tidak pernah hamil mempunyai risiko kanser rahim yang lebih tinggi berbanding daripada wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kehamilan.

  • Umur lebih tua - Apabila usia anda semakin meningkat, risiko kanser rahim turut meningkat. Kanser rahim selalunya berlaku pada wanita yang telah menjalani menopaus.

  • Obesiti - Menjadi gemuk meningkatkan risiko kanser rahim. Ini mungkin berlaku kerana lemak badan yang berlebihan mengubah keseimbangan hormon dalam badan anda.

  • Terapi hormon untuk kanser payudara - Wanita dengan kanser payudara yang mengambil ubat terapi hormon iaitu tamoxifen mempunyai risiko yang tinggi bagi kanser rahim. Jika anda mengambil tamoxifen, bincangkan perkara ini dengan doktor. Bagi kebanyakan wanita, kebaikan tamoxifen melebihi risiko kecil bagi kanser rahim.

  • “Inherited colon cancer syndrome” atau sindrom kanser kolon - “Hereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC) adalah sindrom yang meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser lain, termasuk kanser rahim. HNPCC berlaku kerana mutasi gen yang dipindahkan dari ibu bapa kepada anak-anak. Jika ahli keluarga telah didiagnosis dengan HNPCC, bincangkan risiko sindrom genetik itu dengan doktor anda.

GEJALA KANSER RAHIM

Gejala yang paling biasa terjadi bagi kanser rahim adalah pendarahan vagina yang tidak normal, dari pendarahan yang ringan dan bertompok kepada pendarahan yang mengandungi lebih banyak darah yang pekat. Pendarahan faraj, semasa atau selepas menopaus, adalah salah satu tanda bagi kanser rahim.

Selain daripada pendarahan vagina, wanita dengan kanser rahim mungkin mengalami tanda-tanda atau gejala-gejala berikut:

  1. Keputusan ujian Pap smear yang tidak normal
  2. Kesukaran atau kesakitan apabila membuang air kecil
  3. Sakit semasa hubungan seksual
  4. Kesakitan di kawasan pelvis

RAWATAN UNTUK KANSER RAHIM

Pilihan untuk merawat kanser rahim anda bergantung kepada ciri-ciri kanser, seperti tahap dan status kesihatan anda.

  1. Pembedahan
  2. Pembedahan untuk membuang rahim disyorkan untuk kebanyakan wanita dengan kanser rahim. Kebanyakan wanita dengan kanser rahim menjalani prosedur untuk membuang rahim (“hysterectomy”), dan juga membuang tiub fallopian dan ovari (“salpingo-oophorectomy”). “Hysterectomy” menjadikan mustahil bagi anda untuk mempunyai anak pada masa depan. Juga, sebaik sahaja ovari anda dikeluarkan, anda akan mengalami menopaus pada usia yang awal.

  3. Radiasi
  4. Terapi radiasi menggunakan sinaran tenaga yang berkuasa tinggi, seperti sinar-X dan proton, untuk membunuh sel-sel kanser. Dalam sesetengah keadaan, doktor anda mungkin mengesyorkan radiasi untuk mengurangkan risiko kanser berulang lagi selepas pembedahan. Dalam keadaan tertentu, terapi radiasi juga boleh disyorkan sebelum pembedahan, untuk mengecilkan tumor dan memudahkan ia untuk dikeluarkan.

  5. Terapi hormon
  6. Terapi hormon melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh. Terapi hormon mungkin menjadi pilihan jika anda mempunyai kanser rahim tahap akhir yang telah merebak di luar rahim.

  7. Kemoterapi
  8. Ia menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima satu ubat kemoterapi, atau dua atau lebih ubat yang boleh digunakan dalam gabungan. Anda mungkin menerima ubat kemoterapi sama ada pil (secara oral) atau melalui vena anda (intravena). Kemoterapi mungkin disyorkan untuk wanita dengan kanser rahim pada tahap akhir atau yang berlaku berulang kali yang telah merebak di luar rahim. Ubat-ubat ini akan memasuki saluran darah anda dan kemudian dibawa melalui badan anda, membunuh sel-sel kanser.

  9. Penjagaan paliatif
  10. Ia adalah rawatan perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada mengurangkan rasa sakit dan gejala lain bagi penyakit yang serius. Pakar penjagaan paliatif bekerja dengan anda, keluarga anda dan doktor anda yang lain untuk memberikan sokongan tambahan yang melengkapi penjagaan berterusan setiap hari. Penjagaan paliatif boleh digunakan sambil menjalani rawatan agresif yang lain, seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.


Moga perkongsian ini bermanfaat. Di sini Cik Rose kongsi jugak doa Mohon Kesembuhan. Kita berusaha, Allah jua yang menyembuhkan. 





1 comment:

  1. aduhai....
    teliti aida baca entri cik rose ni.
    srrrrammm...

    ReplyDelete