Assalamualaikum dan selamat petang.
Tergerak hati nak menulis tentang Grab. Orang lain dah lama naik. Tapi, Cik Rose baru je naik dua kali. hihi. Maklumlah di kawasan Cik Rose, kiranya grab ni baru lagi lah.
Install apps Grab ni dah lama. daftar pun dah lama. Cuma tak guna lagi.
Pengalaman pertama naik Grab.
Waktu pagi, lebih kurang jam 7.35 pagi. Alkisahnya hari-hari Cik Rose naik motor pergi kerja. satu hari, balik kerja tu hujan. Cik Rose tumpang kawan sekerja. Jadi keesokkannya, nak pergi kerja tu nak naik apa ni. hihi. Maka, cubalah guna grab. Aih cepat tau servisnya. Kebetulan memang ada di kawasan sekitar kan. Dalam dua minit, dah sampai.
Oleh kerana Cik rose tinggal di dalam kawasan kuarters tentera, jadi pemandu Grab perlu meletakkan kad pengenalan di post. Alhamdulillah, lancar perjalanan ke tempat kerja dengan hanya bayaran RM10. Terbaiklah pakcik Grab tu. Cik Rose bagi 5 bintang lagi!. hihi.
Pengalaman kedua naik Grab
Alkisahnya Cik Rose baru sampai dari kampung naik bas, dalam pukul 6 pagi. Selalunya memang Cik Rose naik teksi balik ke rumah. Ok jer. Walaupun mahal dengan caj RM20. Alasannya sebab pergi balik. Cik Rose terima jer. Sebab senang, turun bas terus naik teksi. Nak jadi cerita, pakcik yang selalu Cik Rose naik tu tak ada pulak.
Ada orang lain. Cik Rose pun cakap nak ke mana. Dijawab dengan endah tak endah. Lama dia berfikir, dan cakap tak nak pergi. Dia pass ke kawan dia. Kawan dia pun lama berfikir dan cakap tak nak, alasan susah masuk kem. Cik Rose ok jer. Cuma, kalau tak nak hantar, cakap je tak nak. hihi.. Jangan berfikir macam bagi harapan palsu kat Cik Rose. hihi.
Apalagi, Cik Rose pun buka apps Grab. Tak sampai 5 minit dah dapat. Bayarannya hanya RM9! Murah jer kan nak dibandingkan naik teksi RM20. Alhamdulillah, selamat sampai. Thank you uncle. Cik Rose pun bagi 5 bintang jugak.
Antara Grab dan Teksi
Pilihan di tangan kita. Lepas ni memang guna grab je lah. Mudah dan murah. Cik Rose beralih kepada grab kerana pemandu teksi yang memilih kawasan nak hantar. Itu jer. Kalau ikutkan senang je naik teksi, sebab memang dah ada teksi di kawasan stesen bas. Tapi, dek kerana pemandu teksi tak nak hantar, Cik Rose gunalah grab. Jangan kata pemandu grab menghalang atau mengganggu pendapatan pula.
*Ini hanya di kawasan Cik Rose sahaja. Cik Rose menulis berdasarkan pengalaman sendiri.

4 Comments
Wah murah tu cik Rose. Memang pun biasanya pemandu teksi memilih lokasi sebab dia nak katuk lebih sikit. Dah ada kemudahan tu kita guna je cik Rose. Kinah setakat ni tak pernah lagi naik grab. Mujurlah dapat yang baikkan cik Rose.
ReplyDeleteYe betul memang murah... Incik suami saya a.k.a. Otomen Taro pun buat part time memandu GrabCar ni..
ReplyDeletexpernah guna grab lagi..:)
ReplyDeleteOo..t ta pernah guna lagi. Kat sini kita drive sendiri
ReplyDelete