Simptom Kurang Darah (Anemia) dan Cara Mengatasinya

Simptom Kurang Darah (Anemia) dan Cara Mengatasinya

Cik Rose nak kongsikan dengan semua tentang penyakit anemia atau kurang darah. Cik Rose ada beberapa orang teman yang mengalaminya. Jadi, tak salah rasanya untuk Cik Rose kongsikan di sini. Sebagai rujukan juga buat diri, keluarga dan semua pembaca. 


Antara tanda-tanda kurang darah adalah:

    • Rasa lemah, lesu, kurang tenaga dan daya untuk bekerja
    • Lelah, rasa seperti nafas tidak mencukupi, tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal
    • Pening, ingin pitam
    • Rasa jantung berdebar, deras
    • Kulit dan muka pucat
    • Denyutan nadi lemah dan deras

    Gejala kurang darah lain yang lebih spesifik mengikut puncanya :

    • Anemia kerana kurang zat besi: Kuku rapuh atau kuku melekuk, keinginan untuk makan barangan bukan makanan(bukan gejala yang biasa terjadi), retakan di sudut bibir
    • Anemia yang disebabkan proses ‘haemolysis’: sakit perut, kulit dan mata kuning, kencing berwarna gelap, pembesaran organ hati dan ‘spleen’, lebam 
    • Anemia kerana kurang zat B12: rasa semut-semut di tangan dan kaki, hilang deria rasa atau deria rasa kurang sensitif, masalah berjalan, tidak seimbang, masalah ingatan

Punca utama kurang darah. 
  • Anemia kerana kurang zat besi: Zat besi adalah komponen penting untuk menghasilkan sel darah merah. Seseorang akan kurang zat besi jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Zat besi terdapat dalam telur, ikan, daging, kacang-kacang, sayur hijau. Orang tua sering sekali menghadapi jenis anemia ini kerana tabiat pemakanan dan juga kerana masalah kesihatan lain. Pendarahan juga menyebabkan anemia jenis ini. Antara punca pendarahan yang utama ialah haid yang banyak, wanita yang hamil, buasir atau pendarahan dari perut atau usus seperti kanser. 
 
  • Anemia yang disebabkan kurang zat B12: Vitamin B12 juga merupakan komponen penting dalam pembentukan sel darah merah. Anemia boleh terjadi jika seseorang tidak mendapat vitamin B12 dengan secukupnya. Penyakit ‘pernicious anaemia’ menyebabkan perut tidak dapat menyerap vitamin B12. Penyakit lain yang melibatkan masalah penghadaman seperti ‘Coeliac’s disease’ atau ‘Crohn’s disease’ juga berisiko menghadapi situasi ini. Ketagihan minuman beralkohol juga memberi kesan.
 
  • ‘Haemolytic anaemia’ atau anemia di mana sel darah merah dihapuskan oleh kerana sebab yang luar biasa. Jika penghapusan sel darah merah lebih laju daripada badan boleh menghasilkan sel darah merah, gejala anemia akan berlaku. Situasi ini boleh disebabkan oleh banyak jenis penyakit seperti infeksi, kanser, leukemia, limfoma, ubat-ubatan dan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang badan sendiri (penyakit ‘auto-immune’).

  • ‘Aplastic anaemia’: Sel darah merah dihasilkan di sumsum tulang. Penyakit ‘aplastic anaemia’ adalah keadaan di mana sumsum tulang tidak brfungsi dengan betul dan oleh kerana itu tidak dapat menghasilkan sel darah merah. Penyakit ini jarang sekali berlaku tetapi amat serius dan keadaan pesakit akan menjadi tenat jika dibiar begitu sahaja. Antara penyebab ‘aplastic anaemia’ adalah racun, jangkitan virus seperti HIV, EBV, pendedahan kepada radiasi, kemoterapi.
  • Thalassemia: Ini adalah penyakit di mana pigmen haemoglobin dalam sel darah merah tidak terbentuk dengan normal. Ini adalah penyakit genetik. Terdapat pelbagai jenis penyakit thalassemia yang dibahagikan mengikut caranya merosakkan hemoglobin.

  • ‘Sickle-cell’ anemia: Ini adalah penyakit yang juga disebabkan oleh genetik. Sel darah merah akan berbentuk lain dan ini menyebabkan pergerakan darah dalam badan kurang cekap dan membawa kepada simptom anemia. Walaubagaimanapun, mereka yang menghidapi penyakit ini akan terlindung dari penyakit malaria.

Rawatan yang disarankan oleh doktor adalah berdasarkan penyebab anemia tersebut. Diagnosis akan dicapai selepas doktor membuat pemeriksaan yang teliti. 
  • Makan seimbang: Jika kurang darah disebabkan kerana kurangnya zat seperti zat besi, vitamin

  • B12 atau asid folik, langkah pertama jika anemia tidak terlalu serius adalah untuk memperbaiki tabiat permakanan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin B12 dan zat besi adalah telur, sayur-sayuran hijau, daging, ikan, kacang.

  • Pil vitamin dan zat: Selain dari sumber asli, doktor juga boleh memberi pil untuk memastikan anda mendapat zat besi dan B12 yang mencukupi.
 
  • Mengelak minuman alkohol: Minum alkohol terlalu banyak boleh membawa kepada masalah penyerapan vitamin B12 dan asid folik. 

  • Transfusi darah: Jika tahap darah terlalu rendah dan anda menghadapi simptom yang serius, doktor akan memberi darah melalui proses transfusi. Anda akan diberi darah yang sesuai dengan anda.
 
  • Pemindahan sumsum tulang: Jika sumsum tulang sudah tidak berfungsi, ini mungkin cara penyelesaian yang terakhir seperti penyakit ‘aplastic anaemia’ atau ‘sickle cell anaemia’

  • Mencari sumber pendarahan dan menghentikannya: Jika terdapat pendarahan secara kronik seperti kanser atau ulser perut, mengatasai masalah tersebut akan menghentikan masalah kurang darah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Cik Rose ulangsiar kembali post ini. Moga ianya menjadi satu perkongsian yang bermanfaat buat semua. Jaga diri, jaga kesihatan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah buat masa ni tak ada lagi simptom2 kurang darah.. Semoga dijauhkan.. Apa pun bab makan tu mmg kena jaga kan kak

    ReplyDelete
  2. Org low blood ni bhye juga kan... Sbb tu xleh derma drh kalau tekanan darah rendah... Kawan wawa kurg drh..sllu je dgr dia kne admit hospital.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Ada seorang kawan yg ada masalah kesihatan yg sama. Dia selalu nak pitam jerkk

    ReplyDelete
  4. Risaunya kalau dapat penyakit macam ni kan. Harap-harap dijauhkan la. sebab tu kena jaga pemakanan, jangan main sumbat je.

    ReplyDelete
  5. Abg Sally salah satu manusia yg ada masalah kurang darah. Dia mmg kerap la nak pitam kadang tu...thanks share info kak!

    ReplyDelete
  6. good sharing!! gee antara yg anemia..thalasemia..sangat bermanfaat sharing ni!

    ReplyDelete
  7. Thanks for the information and tips. I think have a proper diet and taking supplements are important too.

    ReplyDelete