23 Tempat Larangan Merokok Yang Diwartakan Kementerian Kesihatan Malaysia

23 Tempat Larangan Merokok Yang Diwartakan Kementerian Kesihatan Malaysia. Assalamualaikum. Larangan merokok. Rasanya ramai yang tahu tentang info larangan merokok di beberapa kawasan kan. 

Namun, tak pasti berapa jumlah keseluruhan tempat larangan merokok. Cik Rose nampak info ni di laman buku. Jadi, terus kongsi di sini sebagai panduan mereka yang merokok. 

Pesanan penaja- Berhentilah merokok. 

Tempat Larangan Merokok.

Boleh tengok dalam gambar di bawah kawasaannya :-


Walau pun dah ada dalam gambar di atas, Cik Rose tulis juga supaya lebih jelas ya. 

Kat Mana Kawasan Larangan Merokok? 


  • Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka.
  • Kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan. 
  • Kawasan taman asuhan kanak-kanak.
  • Dalam kawasan premis kerajaan.
  • Dalam menara cerapan, tapak perkhemahan,titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri. 
  • Di dalam pusat hiburan atau teater ,kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  • Di dalam kawasan hospital dan klinik.
  • Di dalam lif dan tandas awam.
  • Tempat makan atau kedai berhawa dingin.
  • Dalam pengangkutan awam atau hentian pengangkutan awam.
  • Tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
  • Dalam bas sekolah.
  • Dalam kapal terbang.
  • Kawasan kafe internet.
  • Kawasan tempat latihan khidmat negara.
  • Kawasan perpustakaan.
  • Dalam bangunam atau tempat permainan kanak-kanak atau taman.
  • Kawasan kompleks membeli belah. 
  • Kawasan stesen minyak.
  • Kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan di dalam bangunan selain bangunan kediaman.
  • Kawasan stadium, kompleks sukan,pusat kecergasan atau gymnasium.
  • Kawasan institusi pendidikan  atau institusi pendidikan tinggi.
  • Mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan. 

Ha, jelas tak?  Itulah kawasan-kawasannya. 

Tapi, lebih baik berhenti sahaja merokok kan. Jauhi rokok untuk hidup yang sihat. 

Asap rokok tu sangatlah bahaya. Yang tak merokok pula yang terpaksa menanggung kesan kesihatan dari asap rokok tu. Kasihanilah orang lain. 


5 comments:

  1. kita tengok la sejauh mana penguatkuasaannya nanti..

    ReplyDelete
  2. Tempat2 awam mcm ni memang tak sesuai nak merokok kan.. Hope kalau nak merokok jgk cari lah tempat yg tak ada orang..xpun kt rumah je

    ReplyDelete
  3. Zira tak suka orang rokok time kita makan, lansung tak hormat org tngah makan

    ReplyDelete
  4. moga perokok terasa susah.
    dan terus stop merokok :)
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. tempat awam memang tak sesuai untuk merokok. bahayakan nyawa orang lain

    ReplyDelete

Powered by Blogger.