APABILA DIUJI DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Assalamualaikum. 
Apa khabar semuanya? Moga berada dadlam keadaan yang baik semuanya. Terasa lama tak menulis secara santai di blog sendiri. hihi. Banyak bercerita tentang produk dan hiburan jer kan. Sesekali terasa nak menulis tentang perihal kehidupan pula. 

Terasa ingin menulis secara bebas macam dulu. Ceritakan pengalaman sendiri dan boleh dikongsikan dengan yang memerlukan. Cik Rose selalu juga dapat email bertanyakan tenang info-info yang pernah Cik Rose coretkan dahulu. Seperti masalah kesihatan, cerita resepi, bunga-bunga dan haiwan.

Oh ya, bercerita tentang bunga, Cik Rose banyak dapat soalan melalui email dan DM di instagram. Sama-sama pencinta bunga. Moga minat terhadap bunga sentiasa mekar di jiwa.

Gambar di bawah, saja Cik Rose letakkan di sini. Kebetulan memakai serba merah jambu-pink. Dapat pula parcel, juga berwarna merah jambu. Menambahkan suka dalam hati. Alhamdulillah. Itu yang minta tolong officemate ambilkan gambar ni. Tadaa.. 


APABILA DIUJI DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN. Apa tindakan kita? Apakah perasaan kita? 

Cik Rose ternampak status di bawah di ruangan facebook sendiri. Throwback status bererapa tahun lepas. Nasihat dari Prof DR Muhaya. Amat tersentuh hati tatkala membacanya ketika ini. 

"Kita selalu takut diuji dengan kesusahan tetapi jarang kita takut bila diuji dengan kesenagan. Sama AUDIT diri. Bila dikeji, disakiti, kita menangis merayu pada Allah, tetapi bila dipuji, dihormati, dihargai apakah kita menangis pada Allah. Pujian lebih bahaya dari teguran kerana ia boleh membuatkan kita tersungkur kerana mungkin timbnul ujub. Bila susah, manusia akrab dengan Allah tapi bila senang, mudah lupa pada Allah. Jom tafakhur diri kita. Jom renung ayat Al Anbiya(ayat 35). Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan kesenangan."



Peringatan buat diri Cik Rose sendiri. Kongsi di sini sebagai panduan diri dan juga mungkin bermanfaat pada  yang lain.

Moga kita terhindar dari sifat berkenaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. semua kita sering di uji, bak kata orang... Allah uji kita sebab Dia sayangkan kita, sbb Dia nak kita sentiasa ingat pada DIa...

    ReplyDelete