MANA BOLEH NAK TOLAK KALAU IANYA LAKSA PENANG!

MANA BOLEH NAK TOLAK KALAU IANYA LAKSA PENANG! Laksa. Siapa penggemar laksa macam Cik Rose? Sila senyum. 

Tak kisahlah sebenarnya ianya laksa penang, laksa utara, laksa kedah. Asalkan ianya seperti di bawah : 


Cik Rose memang suka makan laksa. Orang panggil hantu laksa. hihi. Kalau makan, mesti berulang-ulang. Bertambah-tambah. Sebab tu, kalau buat lagi senang kan. Boleh makan puas-puas. Tapi, sejujurya agak lama dah tak buat laksa. Bila ya nak buat?

Kalau balik kampung, mak buat laksa.. aduhai, sedapnya. Mesti dari tengahari membawa ke malam makan laksa. Dok la berulang ke dapur. 

Kalau mak tak buat, mesti pergi beli di gerai laksa. Tapi, kena pilih. Tak smeua jenis cara masakan laksa yang Cik Rose suka.. Maksudnya dari segi penyediaan kuah tu. Kena tengok jugak. Ada yang tak kena dengan tekak. 

Baru-baru ni, gempar dengan berita kematian disebabkan laksa di sebuah negeri. Jadi, orang ramai berwaspada nak makan laksa. Sampaikan,balik kampung baru-baru ni, mak mertua Cik Ros epun tak berani nak masak laksa. Tunggu reda sikit katanya. Nanti, baru buat pulak. 

Makan laksa, dengan telur, timun , bawang dan ulam-ulamannya. Aduh! Sedap aih. Kalau Cik Rose, tambah pula keropok keping. Lagilah , bertambah sedap. Ada yang tambah nenas. 

Makan bihun goreng dengan kuah laksa. Siapa yang suka? Itu ayah Cik Rose cukup suka. 

Lain orang, lain cara. Raikan perbezaan kita.

Post a Comment

2 Comments

  1. samalah dengan sha! memang takkan tolak hehehe btw follow sini sebab laksa :p

    ReplyDelete
  2. Sama jugak. . Raya ja selalu buat laksa. ..

    ReplyDelete