5 sebab kenapa anak kita berdengkur

5 sebab kenapa anak kita berdengkur. Mesti mak ayah risau kan bila anak kecil berdengkur. Eh kenapa pula ni kan. 

Ok, Cik Rose kongsikan info mengenai sebab anak berdengkur dengan korang di sini. Cik Rose ambil dari FB DrEzairy M.Sallih

 Jom lihat lima perkara di bawah.
5 sebab kenapa anak kita berdengkur?
1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk
2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.
3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga
4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku
5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.
Jangan risau, ada penyelesaiannya. Kita usaha mana yang patut, kan.

Bagaimana langkah rawatan dengkur dan penyelesaiannya?
Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.
Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.
Moga bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Alahaaaiii..comelnya baby tido...apa2 kalau macam pelik sangat memang kena check ngn doktor sebelum melarat

    ReplyDelete