Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu ke 33

Senarai Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu ke 33. Assalamualaikum. Hai. Malam tadi dah pun diumumkan 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 33. 

Lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke 33.

1. Semakin - Siti Sarah (Siti Sarah / Mera Utama)
2. Bunga - Ara Johari (Hang Nadim / Laq / Kadok)
3. Kau Pun Sama - Syamel (Kidd Santhe / Syamel)
4. Sampai Bila - Misha Omar (Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri)
5. Haram - Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah (Ezra Kong/Hael)
6. Luluh - Khai Bahar (Khai Bahar)
7. Bunga - Altimet (Omar K / John Jeevasingam / Altimet)
8. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli dan Aman RA (Haqiem Rusli / Omar K / Ikhwan Fattana / Aman Ra)
9. Tak Pernah Hilang - Amylea dan Kaer (Farouk Roman / Amylea)
10. Hajat - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael)
11. Di matamu - Sufian Suhaimi (Sufian Suhaimi / Sirkhan & Rinkarnaen)
12. Nisan Cinta - Siti Nordiana dan Jaclyn Victor (Ezra Kong/Hael/Mike Chan)


Tahniah buat Hael Husaini. Berjaya membawa 3 lagu di pentas AJL 33 nanti. Lagu Haram, Hajat dan Nisan Cinta. Wahh tahniah!





Tahniah juga untuk Khai Bahar untuk lagu nyanyiannya, Luluh! Cik Rose memang suka lagu ni. Terbaiklah suara Khai!




Ada pula cakap-cakap yang mempertikaikan lagu Kau Pun Sama nyanyian Syamel. opsss Cik Rose tak nak komen. Keputusan dah dibuat oleh juri profesional ya. Ini pertandingan lagu, bukan pertandingan penyanyi. 


Barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Azmeer, Lok U dan Cat Farish.


Apapun , moga berjaya buat semua komposer dan penyanyinya nanti!


Post a Comment

0 Comments