Thursday, November 08, 2018

Sinopsis Drama Mencari Qiblat (TV3)

Sinopsis Drama Mencari Qiblat (TV3)


Mengisahkan Adam, anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Cik Rose baru tengok minggu lepas. Sejujurnya pertama kali menonton drama ni , Cik Rose tak berapa faham isi ceritanya. Mungkin kerana tak tengok dari episod pertama. Terus tengok episod yang Airel di sebuah rumah. Di mana dia membantu makcik tu bayar sewa bulanan. 

Drama ni penuh pengajaran. Sebab tu, lepas je tengok episod malam tu, Cik Rose cari sinopsisnya. Barulah faham, jalan ceritanya.

Apapun lakonan Airel memang best. 

2 comments:

  1. Baru tgk semalam. . Dosa ayah kot. . Mcm best. .Tapi tu la. .. Slalu xsempat tgk sbb time tu slalu dh ngantuk

    ReplyDelete
  2. hari apa ni dik, sabtu ye? akak jarang sgt layan drama kt tv3 atau astro ... tp kadang tgk jgkla klu lyn mcm best ikut jgk la...

    ReplyDelete