Saturday, January 12, 2019

Makan Tengahari di Restoran Rimbun Mat Top Sungai Petani

Makan Tengahari di Restoran Rimbun Mat Top Sungai Petani.| Assalamualaikum. Seminggu berlalu, tanpa entry baru dari Cik Rose. Awat tahun, agak sibuk dengan tugas hakiki dan kehidupan seharian. Mencari-cari rentak untuk menulis. 

Ceritanya hari ini adalah tentang makan. hihi. Hari ini, Cik Rose nak menulis tentang Restoran Rimbun Mat Top di Sungai Petani. 


RESTORAN RIMBUN MAT TOP DI SUNGAI PETANI, KEDAH.


Alkisahnya dah lama teringin nak ke sana. Mendengar cerita dari ahli keluarga Cik Rose yang pernah ke sana, benar-benar membuatkan Cik Rose rasa teringin nak mencubanya sendiri. 

Pada asalnya nak makan laksa di sana. Cik Rose dan laksa mana boleh dipisahkan. Nak juga rasa, sedapkah laksa di sini? Kena tak dengan tekak Cik Rose ni. 

Tapi, bila tengok menu, eh berubah pula! Berubah 360 darjah! Aduhai, cepat benar kau berubah seleraku!

Cik Rose order Nasi Goreng Petai. Harganya RM10. Memang berbaloi kerana ada petai, udang, sotong dan daging. Nasi gorengnya pun sedap. Dihidangkan dengan sup kosong menambahkan lagi selera Cik Rose. Tak rugi memesannya. 




Mak pula memesan mee kuah tulang, dan abang memilih bihun sup daging. Anak saudara Cik Rose pula makan nasi campur dan nasi goreng kampung. Maaf, untuk mee kuah tulang dan nasi goreng kampung, agak masin. Tak dapat nak dihabiskan. 

Tak ada gambar makanan mereka. Tak sempat uols, Cik Rose nak ambil. Sebab dah fokus dengan nasi goreng petai depan mata. hikhik. 

Kami juga memesan beberapa menu untuk di bawa pulang. Nasi ayam, nasi berlauk dan laksa. Untuk ayah dan anak-anak saudara Cik Rose yang tak ikut sama. 

Cik Rose pesan cendol juga. Buat basahkan tekak. Cuaca di Kedah panas ketika ini. Lega tekak ni dapat cendol! 





Nak tahu tak, ada pelbagai pilihan makanan di sini. Aneka lauk pauk. Masakan panas. Bihun sup, laksa, cendol, ABC dan banyak lagi. 


Suasana restorannya juga mendamaikan. Boleh pilih nak makan dalam kedai atau makan di pondok-pondok kecil. 

Insyaallah, jika balik kampung lagi, bolehlah Cik Rose ke sana lagi.


Alamat Restoran Rimbun Mat Top : 

Kg Telok, Jalan Penghulu Him, Sungai Petani, 08000 Kuala Muda, Kedah.


*Ini adalah pendapat peribadi Cik Rose. Mungkin berbeza dengan selera uols. 

6 comments:

  1. kawasan2 kat Kedah memang selalu panas.. biasa tu girls.. nak makan lain sampai kedai makan benda lain.. hehe.. xpe tu alasan kot2 nanti boleh pegi lagi selalu hehe..

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik naai goreng tu.

    ReplyDelete
  3. Wah nasi goreng petai... Petai tu menyelerakan. .

    ReplyDelete
  4. dah lama tak balik kedah ni...mesti cuaca panas sangat kat sana..boleh la pekena jugak cendol kalo balik ke sana time2 ni..

    ReplyDelete
  5. Pernah makan dekat sana tapi servis agak lambat. Pernah tunggu diambik order selama 30minit. Lama tunggu. Last2 sekali husband ajak balik. Makanan sedap. Tapi tula.. hehe

    ReplyDelete
  6. Terus rasa rapar nasi goreng ni...alahai..x aci la tgok entry ni time ni

    ReplyDelete